PENGHARGAAN SELURUH JENTERA ANAK MUDA PAS KEDAH, SEDIA PERKUKUH LEGASI MANDAT 36 DALAM PRU16

 

Kenyataan Media

Oleh: Ku Abd Muhyi Ku Abd Hamid

Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) ingin menzahirkan penghargaan kepada seluruh jentera anak muda PAS Kedah termasuklah Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan, Jawatankuasa Pemuda Cawangan, jentera anak muda di pelbagai peringkat, para pempengaruh serta seluruh anak muda PAS yang hadir dalam acara konvoi dan pelancaran jentera anak muda PAS Kedah petang kelmarin. 

Tidak dilupakan kepada seluruh ahli Jawatankuasa Program Pelancaran Jentera Anak Muda PAS Kedah sama ada secara langsung mahupun tidak langsung yang telah bertungkus lumus bagi memastikan pengisian terbaik selain kelancaran program petang kelmarin. Kehadiran puluhan ribu jentera anak muda memberikan isyarat bahawa PAS bersedia untuk masuk ke gelanggang pilihan raya yang semakin hampir.

DPPNK juga ingin menyatakan kesungguhan serta komitmen yang tinggi bagi memastikan kesiapsiagaan jentera anak muda bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang. Slogan "Mandat 36" adalah manifestasi daripada kesediaan jentera anak muda untuk menggempur keseluruhan 36 DUN dan 15 Parlimdn dalam Negeri Kedah selain memastikan kemenangan yang bersih dalam pilihan raya. 

DPPNK turut mengajak anak muda agar mengekalkan momentum ini sehingga ke saat terakhir gendang pilihan raya dipalu. Semoga perjuangan dinoktahkan dengan kemenangan yang berharga kepada PAS khususnya dan Perikatan Nasional Kedah amnya, insya-Allah. 

Semoga Allah SWT memberkati seluruh anak muda pejuang kebenaran insya-Allah. Siiru 'ala barakatillah! 

Sekian, terima kasih.


#PemudaPAS

#TerusMemimpin

#PASKedah

#PemudaGenerasiSejahtera

Post a Comment

0 Comments