Oleh: Afnan Hamimi Taib Azamudden
Ketua Dewan Pemuda PAS
Ada yang bertanya. Surat apa yang PAS hantar kepada BERSATU seperti yang disebut dalam kenyataan media BERSATU hari ini.
Suka untuk diberitahu, ianya adalah surat jawapan balas dari PAS terhadap surat yang Presiden BERSATU hantar sebelum ini.
Surat BERSATU itu bertarikh 25 Mei 2026. Panjangnya 13 muka surat. Isi kandungannya adalah respon balas BERSATU terhadap satu sidang media oleh Presiden PAS usai kuliah pagi Jumaat di Rusila 22 Mei 2026 lalu, mengenai hubungan PAS-BERSATU.
Oleh kerana ada perkara-perkara yang perlu diperjelaskan PAS dengan lebih lanjut dan terperinci, maka PAS menjawab surat itu. Panjang surat PAS hanya 8 muka surat sahaja.
Bezanya, PAS tidak buat kenyataan media hanya semata-mata nak beritahu ia menerima surat dan menjawab surat.
Itulah ceritanya..

0 Comments