PH DIRAMAL KALAH TERUK DI NEGERI SEMBILAN


Oleh: Muhamad Mat Yakim

PH dijangka akan mengalami kekalahan teruk di Negeri Sembilan malah berkemungkinan besar tidak lagi menguasai Kerajaan Negeri.

Antara faktor yang berpotensi menyumbang kepada penolakan rakyat ialah kegagalan Menteri Besar, Aminuddin Harun, menangani kemelut berkaitan Undang dan Yang di-Pertuan Besar secara berkesan. 

Isu ini dianggap sensitif kerana masyarakat Negeri Sembilan masih mempunyai ikatan yang kuat dengan sistem adat dan institusi tradisional yang menjadi teras identiti negeri tersebut.

Tindakan menarik balik sokongan terhadap Aminuddin sebagai Menteri Besar oleh ADUN -ADUN BN/ UMNO pimpinan Jalaluddin Alias meskipun tidak dapat dituntaskan ekoran keputusan UMNO Pusat, dijangka akan mempengaruhi keputusan majoriti rakyat Negeri Sembilan untuk kembali memberi kepercayaan terhadap parti itu.

Langkah UMNO Negeri yang dilihat berpihak kepada Undang Yang Empat dalam kemelut itu adalah satu tindakan yang bijak dan tepat, diterima oleh sebahagian besar masyarakat yang berpegang kuat kepada undang-undang adat. 

Selain itu, kenyataan Perdana Menteri bahawa Kerajaan Persekutuan tetap mengiktiraf Tuanku Mukhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar turut menimbulkan polemik. 

Ini kerana, menurut tafsiran ramai pihak terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, proses pelantikan Yang di-Pertuan Besar adalah urusan yang ditentukan oleh institusi adat dan Undang Yang Empat, manakala peranan Kerajaan Persekutuan tidak bersifat menentukan.

Persepsi bahawa terdapat campur tangan atau kecenderungan politik dalam isu yang melibatkan institusi adat boleh memberi kesan negatif kepada sokongan rakyat, khususnya dalam kalangan mereka yang melihat kedaulatan adat sebagai perkara yang tidak wajar dipertikaikan.

Post a Comment

0 Comments