MENGAPA PAS TAK LETAK CALON LAWAN DAP?

 

Oleh: Muhammad Tajri

“Siang malam PAS ratib lawan DAP tapi dalam pilihanraya mengapa PAS letak calon lawan DAP?”

Itulah soalan (yang saya percaya) dicipta oleh JKOM dalam perang propaganda untuk menghadapi PAS.

Ceplos mungkin anggap soalan itu adalah ‘peluru paling berkuasa’ untuk melawan slogan PAS ‘Malaysia aman tanpa ‘DAP’. Walhal tak power mana pun. 

Soalan Ceplos itu sama seperti soalan; Malaysia bersikap anti Israel tapi mengapa Kerajaan Malaysia tak hantar tentera serang Israel? Soalan itu boleh dikategorikan sebagai soalan dungu kelas pertama. Untuk lebih jelas lagi, soalan itu sama seperti bertanya, DAP anti PAS tapi mengapa DAP tak letak calon lawan PAS di Marang?

Dalam apa jua peperangan, termasuklah perang politik, kena ada strategi untuk hadap pihak lawan. Tak boleh bedoh (bebal + bodoh).

DAP menang di semua majoriti bukan Melayu tinggi. Melebihi 50 peratus. Bukan Melayu, khususnya kaum Cina solid undi DAP di kawasan tersebut. Buat apa PAS nak habiskan tenaga dan wang bertanding di kubu DAP. Baik guna wang tersebut untuk perkara yang lebih penting.

Realiti di Malaysia, paling banyak DAP boleh menang sekitar 40 kerusi Parlimen. Jauh dari cukup untuk bentuk kerajaan. 

DAP boleh bentuk kerajaan dengan bergabung kekuatan dengan parti-parti Melayu yang jadi proksi mereka. Atau bahasa yang lebih kasar.. dengan parti-parti khadam mereka.

Jadi, strategi PAS ialah mengalahkan parti-parti Melayu yang jadi proksi DAP. 

DAP boleh jadi kerajaan di Kedah pada PRU14, adalah kerana sokongan ADUN-ADUN Melayu PH. Walhal DAP pada masa itu cuma ada 2 kerusi.

DAP tak bertanding secara berdepan dengan PAS sebaliknya menghantar calon Melayu PH, maka samalah jugak PAS. Untuk lawan DAP, PAS serah pada rakan kerjasama dalam PN iaitu Gerakan atau MIPP.

Kalau PAS nak bertanding juga di kawasan majoriti bukan Melayu baik tak perlu kerjasama dengan Gerakan dan MIPP.

Apapun ada juga segelintir kawasan berlaku pertembungan antara PAS dan DAP. Cuma bak kata P. Ramlee “jaghang-jaghang”. Dalam PRN Johor kali ini PAS lawan DAP di Jementah dan Tiram.


Mudah saja nampaknya nak patahkan serangan meriam buluh Ceplos.

Post a Comment

0 Comments