Oleh: Mohd Faizi Che Abu
Pengamal perundangan
1. Ramai keliru. Ada gambar digari, ada gambar tidak digari. Wayangkah?
2. Biar saya jelaskan, Dr Haim adalah orang kena saman. Tiada tangkapan dibuat. Beliau dengan rela hadir ke Mahkamah.
3. Semasa datang ke Mahkamah, tentulah tidak digari. Tiada gari di rumah nak bawak pun. Sebab itu gambar turun daripada kereta tidak bergari.
4. Semasa masuk ke Mahkamah, dan ketika prosiding berjalan, beliau tidak digari, kerana beliau Orang Kena Saman. Tidak perlu duduk di dalam kandang tertuduh pun.
5. Kemudian, Mahkamah menetapkan ikan jamin sebanyak RM5,000.00. Ketika ini, beliau telah berada dalam jagaan polis sehinggalah beliau membayar wang jaminan.
6. Ketika dalam jagaan polis, SOP Polis menetapkan bahawa tertuduh perlu digari, takut-takut melarikan diri tanpa bayar jaminan. Siapa nak jawab?
7. Itu SOP. Budi bicara dan “common sense” itu perkara lain.
8. Ketika ini, wakil kami menguruskan bayaran jamin di kaunter bayaran.
9. Kemudian, Dr Haim dibawa keluar dari kawasan lokap Mahkamah ke kaunter bayaran untuk menyelesaikan urusan jamin.
10. Ketika inilah SOP berjalan, beliau digari, namun disorokkan di balik kot. Pun budi bicara sbb gari itu tujuannya adalah untuk mengelakkan oks melarikan diri bukan untuk memalukan. Sepatutnya, atas budi bicara, tidak perlulah sebab jarak Mahkamah ke kaunter bayaran tu tidak sampai pun 100m. Tapi tak mengapalah, itu SOP.
11. Polis pun baik-baik sahaja.
12. Selepas selesai urusan bayaran jamin, maka gari pun dibuka. Tidak perlu gari lagi kerana mahu pulang ke rumah pula.
13. Sebab itu gambar beliau selepas itu bersama rakyat, media dan peguam tidak bergari.
14. Maka, diharap agar segala spekulasi dan tuduhan liar seperti beliau “main wayang” atau “play victim” dihentikan. Kita fokus kpd isu yang beliau perjuangkan itu lebih penting.
15. Kadang saya hairan, kena gari org ckp wayang, tak kena gari pulak nanti org ckp layanan istimewa.

0 Comments