"PN BAKAL LAKAR KEJAYAAN LEBIH BESAR"
Oleh: Muhamad Amri Wahab
ADUN Derga
Sejujurnya, inilah Panglima Perang yang kita harapkan untuk sentiasa berada di barisan hadapan mempertahankan Perikatan Nasional (PN).
Suara beliau yang jelas dan lantang sentiasa menjadi pembela kepada rakyat serta mampu menjawab segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada parti.
Pelantikan Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional sememangnya tepat pada masanya.
Beliau bukan sahaja mempunyai pengalaman yang luas, malah dikenali sebagai seorang pemimpin yang berani, tegas dan tidak gentar berhadapan dengan lawan politik.
Dengan semangat juang yang tinggi serta sokongan padu daripada seluruh jentera, saya yakin beliau mampu mengemudi strategi pilihan raya dengan baik demi memastikan Perikatan Nasional terus mendapat tempat di hati rakyat dan mencapai kejayaan lebih besar pada masa hadapan.

0 Comments