ISU PAS DILABEL KAMBING DAN BEREBUT SELIMUT

 

Oleh: Dr. Yusfarizal Yussoff

Ketua Penerangan PAS Selangor

1- Ada 2 analogi diberikan oleh pemimpin Amanah. Analoginya santai dan kelakar.

2- Orang kata tidak berbaloi mana melayan pemimpin-pemimpin Amanah. Tapi atas rasa hormat kepada mereka, kita jawablah, supaya mereka rasa dihargai.

3- KAMBING. 

PAS diibaratkan oleh Faiz Fadzil sebagai kambing yang berbau busuk. Bahkan katanya, kambing pun tidak tahan dengan bau busuk PAS.

4- Pertama sekali, kena kenali dulu kambing? Apa sifat kambing selain busuk?

5- Mengikut kajian sains, kambing suka makan apa sahaja, dan cuba rasa apa sahaja - tidak kira pakaian, kotak atau kertas. Wikipedia menyatakan:-

“Goats are reputed to be willing to eat almost anything. They are browsing animals, not grazers like cattle and sheep, and (coupled with their highly curious nature) will chew on and taste anything resembling plant matter to decide whether it is good to eat, including cardboard, clothing and paper”. 

6- Keduanya, kajian oleh Tharun TE et al (2025) menunjukkan kambing sifatnya cepat panik dan stress. Mereka menyatakan:-

“Meat goats are no exception in experiencing fear and stress due to human approach and handling, particularly when not accustomed. Such procedures invariably evoke stress responses in goats due to the disturbance to their homeostasis if the animal perceives the interaction as a negative experience and regards humans as a threat”

7- Kajian lain di Australia pula menyatakan:-

“In Australia helicopters are used to measure the abundance of free-ranging feral goats (Capra hircus). The typical response in 90% of the feral goats to a helicopter flying overhead was an increased alertness, usually immediate fright and alert bolting, followed by alert moving and standing”

Kambing takut dan panik bila dengar helikopter.

8- Berdasarkan 2 sifat ini iaitu makan apa sahaja, dan cepat panik, saya berhujah bahawa macam tidak kena pula dinisbahkan kambing kepada PAS.

9- Dalam konteks politik, PAS adalah sebuah parti yang tidak cepat panik dan tidak telan apa sahaja. PAS membuat keputusan berdasarkan ketegasan prinsip. Sebab itu agaknya PAS masih belum mati, dan makin berkembang sejak 1951. PAS juga pernah “go solo” - tak menggelabah pun. 

10- Yang lebih dekat kepada ciri-ciri busuk, makan apa sahaja dan cepat panik ini mungkin parti lain.

11- Ada parti yang asal timbul sahaja isu PAS, dia akan terus mengembek - pendek kata apa sahaja yang dia nampak, dia makan. Dan ada parti yang cepat panik kalau tiada jawatan, tiada kerusi dan kalau ada parti lain nampak hebat.

12- Maka, secara politik, saya menafikanlah telahan rakan saya Faiz Fadzil bahawa PAS adalah kambing. Parti lain kot yang kambing. 

13- Analogi kedua ialah suami isteri bercerai tetapi masih tidur sekatil berebut selimut diberikan oleh Mahfuz Omar. Nampak menarik analogi ini. Almaklumlah memang Mahfuz ini pakar analogi. 

14- Namun saya malas nak menjawab sebab analogi asal yang diberikan beliau dulu-dulu pun masih belum terjawab.

15- Apa dia? Bila ditanya kenapa keluar PAS, dijawabnya lari dari rumah kerana ayah nak lacurkan anaknya kepada UMNO. 

16- Tetapi yang anehnya, akhirnya anak yang lari tersebut kerana takut dilacurkan kepada UMNO, dia sendiri pergi menyerah dirinya dengan rela kepada pemangsanya. Pendek kata, seolah-olah dia pula yang melacurkan dirinya. Kerana Amanah sekarang sudah bersekali dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan. Itu kalau ikut analogi tulah. 

17- Begitulah kisah 2 analogi daripada pemimpin Parti Amanah Nasional. Menarik, lucu tetapi kalau diteliti, songsang maknanya. 


18- Penat tau tulis panjang-panjang ini. Layanlah sekali-sekala.

Post a Comment

0 Comments