𝗣𝗔𝗦 π— π—˜π—Ÿπ—”π—žπ—” π—žπ—˜π—–π—”π—  π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ π—•π—œπ—”π——π—”π—• π—žπ—˜π—§π—¨π—” π—£π—˜π—‘π—˜π—₯π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗧𝗨 π— π—˜π—Ÿπ—”π—žπ—”

 

π™†π™€π™‰π™”π˜Όπ™π˜Όπ˜Όπ™‰ π™ˆπ™€π˜Ώπ™„π˜Ό π™‹π˜Όπ™Ž π™ˆπ™€π™‡π˜Όπ™†π˜Ό

Oleh: Ustaz Ahmad Bilal Rahudin

Ketua Penerangan PAS Melaka 

1. PAS Melaka melahirkan rasa kesal dan mengecam sekeras-kerasnya satu hantaran Facebook yang dibuat oleh Ketua Penerangan Bersatu Melaka yang disifatkan sebagai tidak beradab, melampaui batas serta mencerminkan kemerosotan akhlak dalam berpolitik.

2. Hantaran tersebut bukan sahaja bersifat menghina, malah memperlihatkan tahap pemikiran yang cetek dan budaya politik yang tidak sihat. 

3. PAS Melaka berpandangan bahawa tindakan menyerang peribadi serta mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan adalah bukti kegagalan untuk berbahas secara matang berasaskan fakta dan hujah.

4. Lebih mendukacitakan, serangan terhadap Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Al-Fadhil YB Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden merupakan satu tindakan yang tidak wajar terhadap seorang pemimpin yang sentiasa membawa pendekatan ilmiah, berprinsip dan berakhlak dalam perjuangan politiknya.

5. PAS Melaka juga ingin mengingatkan bahawa ini bukan kali pertama kepimpinan PAS menjadi sasaran. 

6. Sebelum ini, beberapa hantaran dan kenyataan yang bernada jelik serta provokatif melalui platform media Bersatu Melaka telah dibuat terhadap pimpinan PAS. 

7. Corak serangan sedemikian jelas menunjukkan budaya politik yang tidak membina dan tidak memberikan manfaat kepada rakyat.

8. PAS Melaka menegaskan bahawa perbezaan pandangan politik tidak pernah menghalalkan mana-mana pihak untuk mengeluarkan kenyataan yang bersifat menghina atau mencemarkan maruah individu.

9. Sehubungan itu, PAS Melaka menggesa Ketua Penerangan Bersatu Melaka MENARIK BALIK kenyataan tersebut serta mengemukakan PERMOHONAN MAAF secara terbuka kepada Al-Fadhil YB Ustaz Afnan Hamimi dalam kadar segera.

10. PAS Melaka akan terus mempertahankan maruah dan integriti para pimpinannya daripada sebarang fitnah, penghinaan dan serangan yang tidak berasaskan fakta.

Isnin | 15 Jun 2026

#PolitikMatang 

#MenujuSeriNegeri

Post a Comment

0 Comments