Oleh: Muhamad Mat Yakim
1. Kalau Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok tidak sedar dia bodoh, hari ini kita nak beritahu bahawa dia sememangnya bodoh, malah teramat bodoh.
2. Mengapa saya kata begitu?
3. Ketika seluruh negara malah sampai ke luar negara tahu Kerajaan Negeri Kedah begitu giat melaksanakan kempen Tahun Melawat Kedah 2025 (TMK2025) dengan tumpuan khusus sudah tentu Langkawi sebagai aset utama pelancongan negara, Teresa Kok boleh kata “Menteri Besar Kedah tidak berbuat apa-apa (untuk menarik pelancong ke Langkawi) sebaliknya sibuk berlakon.”
4. Ini bukan sekadar satu kenyataan yang dangkal malah teramat picisan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang Ahli Parlimen senior, seorang bekas menteri malah seorang ahli kanan parti DAP.
5. Begitu banyak program promosi telah diusahakan oleh Kerajaan Negeri malah sampai ke luar negara .
Dengan bajet terhad sekitar RM5 juta, kejayaan menarik 3.22 juta pelancong ke Langkawi dan 7 juta pelancong ke Kedah pada tahun 2025 menunjukkan usaha ini relatifnya berjaya. Bagaimana Teresa Kok boleh kata Kerajaan Negeri Kedah tidak berbuat apa-apa?
1. Jika mahu diukur dengan angka dan fakta, adalah jelas jumlah pelancong ke Langkawi meningkat. Pada tahun 2023, 2.81 juta 2.90 juta (2024) dan 3.22 juta (2025). Apa lagi yang mahu dinafikan oleh Teresa Kok?
2. Meskipun data dan fakta dirujuk, bagi Teresa Kok semua itu seakan kosong dan tidak ada nilai kerana dia mungkin ada misi yang tersendiri untuk mencipta naratif ini.
3. Itulah sebab mengapa kita tidak boleh terima sama sekali kenyataannya terutama apabila dia melencongkan isu dengan membandingkan Langkawi dengan Phuket dan Bali setelah ‘tercedok’ oleh kenyataan balas Exco Pelancongan Kedah, Dato Salleh Saidin.
4. Langkawi adalah Langkawi. Ia adalah sebuah daerah di dalam wilayah kedaulatan Sultan Kedah. Di daerah itu majoriti penduduknya orang Melayu/ Islam yang ada pegangan agama, adat dan budaya yang tersendiri. Sebarang elemen hedonisme yang dibawa masuk adalah sangat sensitif bagi masyarakat Langkawi sama seperti di daerah atau negeri-negeri lain di negara ini.
5. Tanpa niat mahu menghina nilai atau budaya mana-mana negara, membandingkan Langkawi dengan Phuket atau Bali adalah amat tidak sepadan.
6. Dalam usaha memajukan industri pelancongan, tetap ada had dan batas yang berasaskan nilai agama dan budaya yang perlu dipatuhi. Tidak bolehlah sampai menggadai prinsip dan norma bangsa semata mata untuk menarik pelancong datang.
7. Apakah Teresa Kok mahu Langkawi menjadi destinasi pelancongan yang popular sebagai ‘daerah lampu merah’ dengan pusat pelacuran di merata rata, dikenali dengan kawasan hiburan malam untuk dewasa dan juga pantai di mana orang bebas berbogel semahunya?
8. Adakah kita juga kena bersetuju untuk anak anak bangsa kita mencari makan sebagai ‘call girl’ atau ‘social escort’ untuk melayan nafsu orang asing semata mata atas nama menggalakkan industri pelancongan?
9. Ya, itulah yang ditawarkan di sesetengah pusat pelancongan di luar negara termasuk yang dia jadikan perbandingan dengan Langkawi.
10. Phuket juga kini menjadi punca keresahan pemerintah Thailand kerana banyaknya warga Israel yang bukan sekadar melancong malah ‘bercuti dalam tempoh yang lama’ di wilayah itu.
11. Pada tahun ini sahaja, Jabatan Imigresen Thailand merekodkan kemasukan lebih 30,000 warga Israel ks Thailand dengan sebahagiannya ke Phuket. Mereka telah membentuk koloni yang tersendiri termasuk membuka premis-premis perniagaan. Selain Phuket, komuniti Yahudi dari Israel ini semakin ramai bertapak di Bangkok, Pai dan Koh Phangan. Mereka menjadikan destinasi percutian di Thailand terutama Phuket tempat untuk mereka bercuti panjang setelah habis perkhidmatan tentera.
12. Kehadiran mereka dengan jumlah yang begitu ramai dan dominan telah mencetuskan gangguan sosial yang semakin kritikal kepada masyarakat tempatan. Sering berlaku insiden halau menghalau pelancong Israel dari premis perniagaan warga tempatan Thailand dam sebagainya.
13. Justeru, kita ingin bertanya kepada Teresa Kok, Menteri Pelancongan Tiong, apa yang kamu nak kejar sebenarnya? Berbaloikah untuk kita berbangga demgan kebanjiran pelancong asing yang tidak terkawal hingga menjadikan hidup kita di tanah air kita sendiri terjejas seperti apa yang telah berlaku di negara luar?
14. Bukan itu sahaja, soal prinsip, kedaulatan dan norma hidup kita sendiri, adakah kita sanggup gadai dan korbankan semata mata kerana wang?
15. Teresa Kok tuduh MB Kedah sibuk berlakon. Satu saya nak beritahu, MB Kedah berada di lokasi penggambaran filem The Keris hanya lebih kurang satu jam sahaja. Itupun ketika dalam perjalanan balik dari satu urusan rasmi di Sungai Petani ke Alor Setar, Dato Seri Sanusi singgah untuk penggambaran filem itu di Merbok. Sekadar tukar kostum dan beraksi sekejap. Itu sahaja. MB Kedah jenis ‘terang hati’ bukan ‘benak ubi’ macam ahli politik PH, jadi tidak perlu ambil masa lama untuk hafal skrip. Lagipun penampilan khas MB Sanusi dalam filem itu bukan untuk glamour tetapi satu sumbangan memartabatkan budaya Melayu sebab filem itu bertema perjuangan dan kepahlawanan. Beliau juga tertarik hati untuk berlakon kerana filem itu diterbitkan oleh produser berketuruna India, sutradara Tionghua manakala pelakon dan temanya bernuansa budaya Melayu.
16. Yang terakhir, Teresa Kok tolong beritahu sahabat kamu Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook untuk
selesaikan segera masalah feri. Dengan kekerapan yang hanya tiga kali sehari, macam mana orang nak pergi melancong ke Langkawi? Itu sebablah saya kata kamu bodoh. Masalah pokok tak dapat selesaikan, yang kamu tahu salahkan orang malah nafi pula
fakta yang sudah jelas.
nota tambah: Masa Teresa Kok jadi Menteri Perladangan & Komoditi, jawab hujah Datuk Haji Awang Hashim bahawa musim hujan, orang tak boleh motong (menoreh), dia kata “mengapa tak boleh, pakailah baju hujan.”

0 Comments