Oleh: Haji Zulkifli Yahaya
Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah
17 Ogos 2026 @ 9.15pagi
Siti Aishah & 2 lagi lwn MB Sanusi (Kedah Agro)
Hakim Mahkamah Sesyen Alor Setar, Dato Ibrahim bin Osman telah MENOLAK dengan kos sebanyak RM10,000-00 saman fitnah yang dibawa oleh Plaintif-Plaintif.
Saman fitnah ini difailkan berkenaan dengan isu viral kegagalan pembayaran gaji oleh Kedah Agro pada menjelang PRN 6 Negeri pada 2023;
Setelah mempertimbangkan hujahan pihak-pihak dan keterangan saksi-saksi perbicaraan, Mahkamah memutuskan atas imbangan kebarangkakalian bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal membuktikan kesnya atas alasan bahawa:-
(a) Plaintif gagal untuk membuktikan kenyataan-kenyataan MB adalah merujuk kepada Plaintif-Plaintifsamada secara langsung atau innuendo;
(b) Ucapan-ucapan MB hanya melibatkan operasi dan dasar Kerajaan Negeri Kedah berkaitan Kedah Agro;
(c) Sebagai MB, Defendan berhak membuat ulasan yang wajar;
(d) Kenyataan tersebut hanya dibuat bagi menjawab/respon terhadap isu yang tular pada masa itu. MB bertanggungjawab untuk megulas khususnya soal pembayaran gaji, yang mana jika tidak dijelaskan ia akan memberi kesan yang buruk kepada Kerajaan Negeri Kedah;
(e) Tiada rujukan dibuat oleh MB terhadap Plaintif-Plaintif;
(f) Kenyataan dibuat secara umum tanpa menamakan sesiapa;
(g) Fakta-fakta yang diucapkan adalah diakui oleh Plaintif-Plaintif sendiri sebagai faktanya yang benar;
(h) Tiada mana-mana perkataan yang bersifat memfitnah Plaintif-Plaintif;
(i) MB berhak bergantung kepada pembelaan justifikasi berkaitan prestasi kewangan Kedah Agro termasuk isu kegagalan membayar gaji.
(j) MB layak bergantung kepada pembelaan fair comment atas kapasiti sebagai MB Kedah;
(k) Tiada sebarang elemen niat jahat dalam kenyataan-kenyataan;
(l) MB tidak pernah langsung mengenali Plaintif-Plaintif;
(m) Frasa-frasa yg dirujuk tidak berupaya menjatuhkan reputasi Plaintif-Plaintif bahkan terlalu remote;
Atas alasan—alasan tersebut, Mahkamah menolak tuntutan Plaintif-Plaintif.
YAB MB Sanusi diwakili oleh Tuan Mohd Faizi bin Che Abu, Dr Hj Yusfarizal bin Yussoff dan YB Wan Rohimi bin Wan Daud.
-TAMAT-
LUHAM Pusat
Kompleks Mahkamah Alor Setar
17 Ogos 2026 | 4 Rabiul awal 1448 H
0 Comments