Oleh: Ir. Ts. Dr. Nurul Islam Mohamed Yusoff
Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi Lajnah Penerangan PAS Pusat
Sekarang ni YB Akmal Nasir yang merupakan Menteri Ekonomi sibuk dok serang Kerajaan Negeri Kedah, kononnya Kerajaan Negeri Kedah gagal laksanakan projek pembinaan loji rawatan air (LRA). Projek tertangguh dan tak siap.
Pertamanya projek ini adalah projek yang penting bagi Negeri Kedah kerana situasi simpanan air bersih Kedah yang berada pada tahap 0%. Sebab itu ketika Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, telah diarahkan kajian dibuat, kenapa negeri yang ada sumber air mentah banyak tapi tidak ada rezab air bersih.
Susulan daripada itu projek lima LRA tambahan telah dicadangkan iaitu;
1. LRA Pelubang (RM455.98 Juta)
Kapasiti Baru: 454.0 MLD
2. LRA Jenun Baru (RM161.98 Juta)
Kapasiti Baru: 110.0 MLD
3. LRA Sungai Limau (RM108.405 Juta)
Kapasiti Baru: 40.0 MLD
4. LRA Bukit Selambau (RM147.785 Juta)
Kapasiti Baru: 70.0 MLD
5. LRA Lubuk Buntar Lama (RM57.42 Juta)
Kapasiti Baru: 59.0 MLD (LRA baru dan baikpulih bagi mengaktifkan semula LRA lama)
Keseluruhan kos bagi projek projek ini adalah RM931 Juta dan dijangka dapat memenuhi keperluan rakyat Negeri Kedah serta meningkatkan rezab air terawat sehingga 15% dan lebih.
Sekarang kita cerita satu persatu tuduhan yang dibangkitkan oleh YB Akmal Nasir dan walanon;
(1) Projek terbengkalai kerana kelemahan Kerajaan Negeri Kedah
Untuk makluman pihak YB Akmal, yang terbengkalai bukan kesemua projek. Malah projek yang jauh lebih tinggi nilai dan kapasiti iaitu LRA Pelubang hampir siap. Projek LRA Jenun Baru sudah siap dan menunggu masa untuk diserahkan dan Projek LRA Lubuk Buntar Lama telah siap dan telah diserahkan untuk operasi. Kenapa YB Akmal Nasir tak nak cakap pasal yang tu?
(2) Projek terbengkalai dan permohonan EOT dan VOP.
Dalam dunia industri pembinaan memang dua perkara ini merupakan hak yang diberikan kepada kontraktor. EOT atau extension of time memang dibenarkan apabila projek menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan menurut klausa 43 dari JKR/PWD Form 203A (Rev. 1/2010).
Pihak kontraktor akan memohon kepada Superitending Officer (SO) dalam kes ini Setiausaha Kerajaan Negeri yang kemudian akan bawa bincang dalam jawatankuasa EOT. Bukan dibuat keputusan oleh MENTERI BESAR sendiri.
Dalam video YB Akmal sendiri kita dapat dengar penjelasan oleh kontraktor bahawa mereka berhadapan dengna Covid-19 sejurus projek bermula. Ketika Covid-19 bekalan pekerja asing telah terhenti menyebabkan projek alami gangguan.
VOP pula adalah variation of price. Ketika projek diberikan pada 2021 dan sekarang 2026 sudah tentu berlaku kenaikan yang berkali ganda. Maka pihak kontraktor sudah tentu akan mememohon VOP kepada pihak klien iaitu Kerajaan Negeri/Kerajaan Pusat. Seperti EOT, VOP juga akan dibawa masuk kedalam jawatankuasa projek untuk diluluskan. Bukan diluluskan oleh MENTERI BESAR.
(3) Kontraktor yang diberikan projek ini tiada kelayakan.
Projek LRA Sungai Limau dan Projek LRA Bukit Selambau diberikan kepada Syarikat WIDAD BUILDERS SDN BHD secara TENDER TERBUKA. Ya TENDER TERBUKA. Sekali lagi TENDER TERBUKA. Kalau YB Akmal tak faham juga. TENDER TERBUKA maksudnya, iklan akan dimasukkan dalam surat khabar utama dan semua syarikat berkelayakan boleh memohon tender ini.
Semua akan dinilai secara adil dan saksama oleh Jawatankuasa tender. Maka daripada situ WIDAD BUILDERS telah dipilih oleh jawatankuasa tender. Bukan dipilih oleh MENTERI BESAR.
Adakah WIDAD BUILDERS tidak layak?
WIDAD BUILDERS adalah sebuah syarikat G7 yang mempunyai kod bidang membina LRA seperti;
(1) CE20 - Sistem Bekalan Air (Kejuruteraan Awam)
(2) ME19 - Pemasangan Kelengkapan Loji (Mekanikal)
(3) CE21 - Pembinaan Kejuruteraan Awam
(4) B01/B02 - IBS Konkrit/Keluli (Bangunan)
Kalau WIDAD BUILDERS tidak layak, kenapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang anugerahkan mereka projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau Di Bayan Baru, Pulau Pinang (Fasa 2) bernilai RM242 Juta dan projek Rangkaian Paip Pembentungan Di Bayan Baru Pulau Pinang (Fasa 2) bernilai RM141 Juta?
Eh sekejap, Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau Di Bayan Baru Pulau Pinang (Fasa 2) ni bukan yang dah 10 kali EOT ka? Dan bukan projek ni bawah Kementerian PETRA ka? Bukan sebelum ni YB Akmal Nasir Timbalan Menteri PETRA ka? hehehe
Jadi sebenarnya kalau kita rasional, ketika WIDAD BUILDERS terpilih menjadi kontraktor projek berkenaan, mereka adalah syarikat yang layak dan dipilih secara merit oleh proses pemilihan yang telus. Namun kerana faktor yang tidak dapat dielakkan, dalaman syarikat itu selepas dianugerahkan projek itu, maka berlaku kelewatan termasuk projek mereka dibawah Kementerian PETRA pun.
Jadi tak adik menyalahkan Kerajaan Negeri Kedah seperti mana tidak adil menyalahkan Kementerian PETRA atas isu yang dihadapi oleh kontraktor.
Sepatutnya YB Akmal Nasir tidak mempolitikkan isu ini dengan serangan yang tidak sepatutnya dihalakan kepada Kerajaan Negeri.
Kalau YB Akmal Nasir serius nak cari projek bermasalah, kenapa tak pergi ke Negeri Selangor. Pelbagai projek tebatan banjir yang tak siap dan dah masuk kategori projek sakit. Banjir kat Selangor tahap kritikal sampai ditegur oleh DYMM Sultan Selangor. Kenapa YB Akmal tak pi buat konten kat sana? Kenapa dok fokus kepada Kedah?
Ini masalahnya bila kau buat kerja sebab nak cari modal politik dan bukan nak selesaikan masalah.
Nasihat aku kepada YB Akmal Nasir, sekarang projek LRA Bukit Selambau tu dah diambil alih oleh Kerajaan Pusat, haaaa selesaikanlah segera projek tu. Kerajaan Negeri dah hampir siap dan siap projek LRA yang masih dibawah mereka. Projek LRA Sungai Limau akan diusahakan untuk diselesaikan segera.
MB Kedah ni jenis buat kerja. Cari jalan penyelesaikan untuk kesenangan rakyat. Bukan jenis NATO (No Action, Talk Only) macam YB Akmal Nasir.
Bak kata MB Sanusi "be smart".
Salam Hormat,

0 Comments