Oleh: Dr Tengku M Fakhruddin
ADUN Sura
Sejarah PAS & UMNO bukan sekadar cerita politik.
Ini cerita naik jatuh perpaduan Melayu dalam negara.
1974
PAS masuk BN demi satukan orang Melayu.
1977
Hubungan pecah. Melayu mula berpecah.
1980–2000
Politik Melayu jadi medan perang sesama sendiri.
2019
Muafakat Nasional lahir.
Ramai orang Melayu kembali nampak harapan perpaduan
2020
PAS & UMNO bersama bentuk kerajaan demi kestabilan negara.
2021
Hubungan kembali retak.
2022–2026
Masing-masing bawa haluan sendiri.
Tetapi satu perkara masih jelas…
Bila Melayu berpecah, negara jadi lemah.
Bila Melayu bersatu, negara lebih stabil.
PAS percaya perpaduan bukan sekadar duduk semeja atau kongsi kuasa.
Perpaduan mesti ada prinsip.
Perpaduan mesti berpandu pada Islam, keadilan dan akhlak seperti yang diajar Rasulullah SAW.
Dalam masa sama, hak kaum lain tetap dipelihara.
Agama lain tetap dihormati.
Semua rakyat tetap berhak hidup aman dalam negara ini.
Sebab itu PAS bertegas menolak kerjasama dengan Democratic Action Party dan Pakatan Harapan kerana dilihat tidak konsisten mempertahankan Islam, Melayu dan prinsip perjuangan.
Bagi PAS…
Perpaduan Melayu bukan nostalgia politik.
Ini benteng terakhir agama, bangsa dan masa depan Malaysia.
Kalau benteng ini runtuh, negara akan hilang arah.

0 Comments