Oleh: Haniff Istiqamah
1. Kecoh dakwaan di media sosial kononnya MP Jasin memfitnah, kalah saman dan sebagainya.
2. Justeru, saya terpanggil untuk memberi penjelasan tentang apa yang sebenarnya berlaku agar rakyat tidak terpengaruh dengan naratif yang dimainkan oleh cybertrooper atau pihak yang hanya membawa persepsi tanpa fakta.
3. Demi berlaku adil kepada semua pihak, rakyat perlu memahami kedudukan sebenar perkara ini.
4. Untuk makluman, saya sendiri hadir di Mahkamah Kuala Lumpur pada hari Isnin, 20 April 2026, dan mengikuti prosiding kes tersebut.
5. Sebab itu saya merasakan penting untuk menjelaskan keadaan sebenar supaya rakyat tidak dikelirukan dengan pelbagai naratif yang tersebar di media sosial.
6. Kes ini bermula apabila YB Menteri Pendidikan mengemukakan saman malu terhadap MP Jasin susulan kenyataan berhubung isu takbir dan qunut nazilah di sekolah.
7. Isu asal yang dibangkitkan bukan direka-reka, tetapi berpunca daripada kenyataan di Parlimen yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
8. Ramai memahami seolah-olah takbir dan qunut nazilah tidak dibenarkan di sekolah. Sebab itu timbul perbahasan, teguran dan permintaan penjelasan daripada pelbagai pihak.
9. MP Jasin kemudian tampil menegur dan meminta penjelasan yang lebih jelas bagi pihak rakyat. Persoalan yang dibangkitkan mudah sahaja, iaitu sama ada perkara tersebut dibenarkan atau tidak.
10. Apabila perkara ini sampai ke mahkamah, penjelasan yang dikemukakan menunjukkan bahawa kementerian sebenarnya tidak melarang amalan tersebut.
11. Maka jelas bahawa kekeliruan timbul akibat kenyataan awal yang tidak cukup terang dan membuka ruang tafsiran berbeza.
12. Untuk difahami rakyat, kes saman ini bukan diputuskan hakim bahawa MP Jasin kalah, sebaliknya ia diselesaikan secara persetujuan bersama di luar mahkamah.
13. Maka TIDAK WAJAR ada pihak memutar naratif seolah-olah satu pihak menang mutlak dan satu pihak kalah mutlak.
14. Nak menilai, biarlah dengan fakta. Saya cuma terkilan, bila ada gerakan cytro yang memutar belitkan isu ini.
15. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pihak, iaitu YB Menteri Pendidikan dan MP Jasin serta peguam yang mewakili MP Jasin, Tn Yusfarizal Yusof, Tn Faizi Che Abu, Iffah Izwani, Amir Syarif, Darwisy Roslan dan Afifah Latiff dan peguam belah sana kerana memilih jalan penyelesaian yang baik serta matang.
16. Dalam dunia politik, perbezaan pandangan itu biasa, namun apabila diselesaikan dengan baik, bagi saya itu kemantangan seorang pemimpin.
17. Akhirnya, perkara yang paling penting selepas dari kes ini TIDAK ADA LARANGAN bertakbir dan doa qunut nazilah di sekolah-sekolah. Pihak sekolah bolehlah menganjurkan program solidariti Palestin tanpa ada kerisauan.
18. Inilah yang diperjuangkan oleh MP Jasin, iaitu mendapatkan penjelasan yang jelas serta mempertahankan supaya takbir dan qunut nazilah dibolehkan di sekolah-sekolah.
Terima kasih.
0 Comments