𝐏𝐀𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑 𝟏𝟔 𝐃𝐔𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐑𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔


 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀
𝐏𝐄𝐒𝐔𝐑𝐔𝐇𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐀𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀


Oleh: Tuan Guru Haji Zulkifli Ismail
Pesuruhjaya PAS Melaka

1. PAS Negeri Melaka memaklumkan bahawa dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 yang dijangka berlangsung pada tahun ini, parti telah membuat ketetapan untuk bertanding di 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi calon-calon yang berwibawa, berintegriti serta mempunyai latar belakang kepimpinan yang diyakini.

2. Ketetapan ini adalah selaras dengan kenyataan yang telah disampaikan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi, dalam program Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Melaka yang lalu.

3. Adapun 16 DUN yang terlibat ialah Pantai Kundor, Paya Rumput, Klebang, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Kuala Linggi, Taboh Naning, Rembia, Durian Tunggal, Ayer Molek, Pengkalan Batu, Telok Mas, Duyong, Sungai Rambai, Merlimau dan Serkam.

4. PAS Melaka dengan penuh tawakkal dan keyakinan menyeru seluruh rakyat Negeri Melaka agar memberikan sokongan kepada calon-calon PAS dan Perikatan Nasional (PN) dalam PRN ini. Sokongan tersebut amat penting dalam usaha membentuk sebuah kerajaan negeri yang lebih adil, berintegriti serta berpaksikan nilai-nilai Islam sebagai panduan pentadbiran.

5. Sesungguhnya perjuangan ini bukan sekadar persaingan politik, bahkan merupakan satu amanah untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan kebajikan kepada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.

Firman Allah Ta‘ala:
وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”

1. Semoga dengan kesatuan dan kesungguhan kita semua, negeri Melaka akan terus diberkati dan dipimpin ke arah kesejahteraan yang diredhai Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

#MenujuSeriNegeri

Post a Comment

0 Comments