Dakwaan 'hubungan' dengan PH tidak berasas

 

Oleh: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Presiden, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya tohmahan bahawa BERSATU sedang mewujudkan hubungan rapat dengan Pakatan Harapan.

Ini adalah tuduhan liar yang tidak berasas serta berniat jahat semata-mata untuk menjejaskan keharmonian dalam parti BERSATU dan antara parti-parti anggota Perikatan Nasional.

Perkara tersebut tidak pernah dibincangkan di mana-mana peringkat parti termasuk dalam Majlis Pimpinan Tertinggi yang menentukan dasar dan hala tuju parti.

BERSATU mempunyai prinsip perjuangan yang jelas dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara serta membela kebajikan rakyat. 

Kerjasama BERSATU dengan mana-mana parti lain adalah berpandukan prinsip yang jelas ini. 

Atas prinsip inilah BERSATU telah mengasaskan Perikatan Nasional bersama PAS dan kemudiannya dianggotai oleh GERAKAN dan MIPP. 

Perikatan Nasional adalah wadah terbaik untuk BERSATU merealisasikan perjuangannya dan parti BERSATU tidak pernah berganjak daripada pendirian ini.

Fokus BERSATU pada masa ini adalah untuk memperkukuhkan parti dan memperkuatkan Perikatan Nasional dalam menghadapi PRU-16.

Post a Comment

0 Comments