AMEERAH MALAYSIA KUTUK SERANGAN KE ATAS SEKOLAH PEREMPUAN IRAN

 


Oleh: Mardhiyyah Johari
Ketua Pengarah Ameerah
Dewan Muslimat PAS Malaysia
ADUN Pengkalan Kundor

1. Ameerah Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh US ke atas Iran.

2. Umum mengetahui bahawa US telah sekian lama menjadi watak penting di sebalik genosid zalim yang berlansung di Palestin dan mengorbankan kebanyakan kanak-kanak dan wanita.

3. Kini US meneruskan lagi watak tidak bertamadun dengan mengebom sekolah pelajar perempuan di Iran yang mengorbankan 150 nyawa tidak berdosa. Lebih teruk, ia dilakukan ketika bulan Ramadan.

4. US telah mejadi kuasa besar yang sombong, angkuh dan zalim serta melanggar undang-undang hak asasi manusia sejagat.

5. Ameerah Malaysia menggesa umat Islam bersatu dan mengenepikan perbezaan ideologi dalam berhadapan dengan kezaliman yang nyata oleh US dan I$r@€l.

YB Mardhiyyah Johari
Ketua Pengarah Ameerah
Dewan Muslimat PAS Malaysia
ADUN Pengkalan Kundor
3 Mac 2026 / 13 Ramadan 1447H

Post a Comment

0 Comments