KEBAIKAN DERMA DARAH

 

Derma darah merupakan satu amalan mulia kerana darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang yang memerlukannya. Amalan derma darah dapat memupuk nilai murni dalam diri dan boleh dijadikan sebagai tanggungjawab sosial. 


Terdapat kebaikan dan manfaat apabila menderma secara berterusan. Faedah utama menderma darah ialah menyelamatkan sekurang-kurangnya 3 nyawa. Ini kerana darah utuh yang di derma boleh diproses dan menghasilkan sel darah merah, platelet dan plasma.

 

🩸🩸Selain menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan, amalan menderma darah turut memberi manfaat terhadap kesihatan penderma darah.


Menderma darah dapat memelihara kesihatan kardiovaskular, membakar kalori dan meningkatkan tahap kepekaan.


Orang ramai digalakkan untuk menderma darah di mana-mana kemudahan yang menyediakan khidmat derma darah untuk memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi serta meningkatkan tahap kesihatan.

Post a Comment

0 Comments