ISU BABI: USTAZ AZIZAN YANG TEGAS

 

Yusfarizal Yussoff

Ketua Penerangan PAS Selangor


1. Allahyarham Tan Sri Dato Sri Diraja Ustaz Haji Azizan Abd Razak dilantik menjadi Menteri Besar Kedah pada 9 Mac 2008.

2. Isu penternakan babi yang mencemarkan alam sekitar di Kampung Berjaya, Alor Setar telah berlarutan selama hampir 30 tahun sebelum itu. 

3. Ustaz Azizan tidak tunggu lama. Pada tahun 2009, Kerajaan Negeri Kedah memutuskan untuk merobohkan pusat penyembelihan babi tersebut. Notis diberikan, dan pusat itu terus dirobohkan.

4. Siapa membantah? Tidak lain tidak bukan, DAP Kedah membantah keras kononnya Kerajaan Kedah tidak sensitif kepada orang bukan Islam.

5. Walhal ia bukan isu kaum atau agama. Ia isu pencemaran. Penduduk menyatakan mereka bukan sahaja berhadapan bau busuk, namun jeritan babi ditengah malam sebelum disembelih. Mengerikan.

6. Pada hari perobohan, DAP Kedah mengisytiharkan keluar daripada Pakatan Rakyat Kedah. 

7. Adakah Ustaz Azizan tunduk kepada tekanan itu? TIDAK sama sekali. Perobohan tetap diteruskan.

8. Namun, DAP akhirnya masuk kembali ke Pakatan Rakyat apabila berunding semula.

9. Ada 2 perkara jelas yang kita boleh rumuskan:- Pertamanya, PAS tegas dalam isu pencemaran dan alam sekitar daripada industri babi ini, dan keduanya, walaupun ia boleh menggugat kedudukan politik, PAS tidak peduli - kesejahteraan rakyat adalah paling utama. 

10. Dan akhirnya, yang mempunyai iltizam politik untuk menutup pusat judi dan pusat penyembelihan/penternakan babi dalam negara ini adalah kerajaan PAS.

11. Iltizam itulah yang mahal, dan ia tidak datang dengan retorik dan janji-janji palsu. Ia datang dengan prinsip dan keberanian.

Post a Comment

0 Comments