Oleh: Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin
ADUN Sura
Dulu, bila Tan Sri Muhyiddin diumumkan sebagai calon PM,
tak ada pun mesyuarat PN.
Tak ada pun rundingan dengan PAS.
Tak ada pun “hormat proses dalaman”.
Semua dibuat sehala.
Umum dulu, maklum kemudian.
PAS hanya diminta akur.
Hari ini, bila kedudukan goyah,
bila sokongan tak lagi solid,
tiba-tiba keluar ayat manis:
“Perlu beri ruang kepada parti komponen.”
“Proses dalaman setiap parti perlu dihormati.”
Oh, rupanya hormat proses itu musim tertentu sahaja.
Kalau keputusan memihak, PAS tak perlu ditanya.
Kalau keputusan tak memihak, barulah PAS dicari.
Ini bukan soal maruah PAS semata-mata.
Ini soal keikhlasan dalam pakatan.
PN bukan milik satu parti.
Bukan milik satu keluarga politik.
Dan bukan medan buat keputusan ikut selera bila senang,
lepas itu minta solidariti bila susah.
Kalau benar mahu hormat rakan,
buatlah dari awal.
Bukan bila terdesak.
Rakyat sedang memerhati.
Dan hipokrasi politik biasanya tak bertahan lama.

0 Comments