Oleh: Muhammad Tajri Selamat
Masa zaman kegemilangan BN 2004 dulu, kerusi parlimen Padang Terap disandang oleh Tok Li (Dato’ Ghazali Ibrahim). Sekarang adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian. Tok Li licik berpolitik tapi pernah kalah kepada calon PAS. Tidak boleh dipertikai memang kaya dengan pengalaman politik. Dari jawatan Penyelia Kemas, pernah menjadi ADUN, Exco, Timbalan Spekar DUN dan Setpol Perdana Menteri (Najib).
Kali ni saya tidak berminat nak cerita kepakaran Tok Li mengerat dan menjatuhkan lawan secara halus. Tapi cerita kali ini ialah tentang sikap orang politik UMNO mempersonakan orang kampung. (Baca ‘memperbodohkan’)
Semasa Tok Li jadi MP (2004-2008) pernah dicadangkan di Padang Terap kewujudan sebuah universiti di Padang Sanai. Bunyi gah, hebat, mempersona orang kampung. Tambahan pula MB ketika itu ialah Tok Det. Tetapi itulah sikap pemimpin UMNO pandai mempersonakan orang kampung sehingga dapat undi walhal itu cuma janji kosong. Tidak ada universiti di bina di Padang Terap walaupun selepas itu, ketua bahagian UMNO jadi MP dua penggal dan tiga kali pegang jawatan menteri penuh.
Samalah juga janji nak buat Bandaraya Getah. Hana menjadi realiti 12 tahun selepas di cadangankan. Itupun jadi masa PN mentadbir. Hanya cakap di bibir tetapi tiada tindakan dan perancangan rapi. Sekadar umpan pilihanraya.
Cerita janji mempersona pemimpin UMNO ini terutama menjelang PRU bukan lagi perkara baharu, ia sifat semulajadi mereka akan muncul apabila mereka pegang kuasa dan jawatan.
Semasa Tok Det menjadi Menjadi Pendidikan, janji nak buat Sekolah Menengah Berasrama Penuh di Bukit Gedung, Kuala Nerang. Dah buat majlis pecah tanah gilang gemilang. Akhirnya tinggal semak samun. Itulah propaganda politik mereka. Nampak gah tetapi tin kosong. Tidak ada perancangan terutama dengan stakeholders. Syok sendiri akhirnya timbul pelbagai isu dan rintangan. Endingnya jadi projek jadi gajah putih.
Ahli Parlimen sekarang, YB Nurul Amin buka balik file cadangan sekolah Bukit Gedung ini, bawa ke Parlimen dan mohon semula. Barulah diluluskan peruntukan oleh kerajaan sebanyak RM70 juta dalam RMK 12.
Nurul Amin beritahu rakyat apa yang telah dia usahakan, mengikut peranan dia sebagai MP. Bukan buat acara gilang gemilang tetapi orang kampung akhirnya terngaga melihat projek gajah putih.
Satu lagi senjata orang politik ialah wang ringgit. Tentang wang ringgit, sekarang ini di Padang Terap ada Raja Duit iaitu Dato’ Zuraidi Rahim dari PKR. Dia orang kanan kepercayaan Anwar Ibrahim, juga Pengerusi CNC MARINE SDN BHD.
Apa kelebihan yang padanya. Jawapannya, duit! Dari mana datangnya duit? Bisnes luar negara? Money Laundering? Wallahuaklam. Sementara SPRM boleh ghosek-ghosek tengok.
Duit Dato’ ni bukan main banyak. Terlalu banyak.
Dato’ Zuraidi kalau rasmi acara sekolah tidak kurang RM5 ribu sumbangan di berikan, Sekolah Maktab Mahmud diberikan RM30K. Ada sekolah dapat 20K, beri duit kepada guru-guru, anak-anak murid pun dapat duit, sponsor sana sini. Bina semula rumah terbakar tidak kurang RM50k disumbangkan. Beli ambulance untuk PKR bahagian. PIBG sekolah-sekolah di Padang Terap berebut-rebut menjemput dia untuk rasmi program kerana dapat duit.
Memang Dato’ Zuraidi menjadi bualan orang Padang Terap sekarang kerana pemurah tabur duit. Tok imam seluruh Padang Terap di panggil dapat sumbangan duit. Pengetua seluruh Padang Terap di jemput dan diberikan duit.
Namun, hakikat yang Dato’ Zuraidi kena terima ialah Padang Terap ni padang permainan antara PAS dan UMNO sahaja. Parti lain susah nak cari makan. Dato’ Zuraidi khabarnya dah bawa diri ke Langkawi. Elok tu.
Persoalan yang ingin ditanyakan pada semua ahli politik; bolehkah duit yang banyak dapat membeli hati orang Padang Terap?
Tok Det dikatakan habiskan lebih RM5Juta semasa pilihanraya, tetapi kalah teruk pada Nurul Amin yang tak banyak duit. Duit dan watak mempersonakan di Padang Terap tak boleh jalan. Orang Padang Terap mahukan seorang yang ikhlas berkhidmat. Bukan berlakon berkhidmat.

0 Comments