FORMULA ‘PERLAWANAN PERSAHABATAN’ PAS-UMNO, BOLEH ATASI KONFLIK KERUSI

 

Oleh: Muhammad Tajri

PAS, Umno serta sebahagian besar orang Melayu/Islam umumnya bersetuju akan perpaduan ummah. Semua menyambutnya dengan gembira. Berbalah, korek mengorek, serang menyerang antara sesama bangsa dan agama hakikatnya adalah kerja yang merugikan. Sepanjang masa berada dalam mode tegang, marah dan dendam tak sudah. Perpaduan itu tenang dan indah. Sebab itu Allah sebut dalam Al-Quran bahawa perpaduan itu adalah satu “nikmat”.

PAS dan Umno adalah dua parti Melayu/Islam yang terbesar di negara ini, yang ada cawangan dan ahli-ahli hingga ke akar umbi. Kedua-duanya didaftarkan sebagai parti politik yang menyertai pilihanraya. Bertanding lawan pengaruh dalam pilihanraya. Di situlah berlaku batu penghalang besar yang mengganggu usaha penyatuan ummah melalui dimensi politik. 

Bukan mudah (contohnya) bagi BN Melaka untuk menyerahkan sebahagian kerusi yang dimenangi dalam pilihanraya DUN yang lalu kepada PN hanya kerana ‘perpaduan ummah’. Bukan mudah pula bagi PAS Terengganu (contohnya) untuk menyerahkan sebahagian kerusi yang dimenanginya dalam PRU16 kepada BN. Tidak payah nak kata mengata antara kedua parti. Sikap itu sama sahaja bagi mana-mana parti pun yang mengusahakan penyatuan dan perpaduan. Namun tidaklah bermakna usaha penyatuan ummah terhenti setakat itu. Masih ada pelbagai formula. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Satu formula yang boleh dicadangkan ialah…

BN dan PN boleh bergabung bentuk Kerajaan selepas PRU. Ada cadangan lawan dulu macam biasa, selepas keputusan baru bergabung dan tubuh Kerajaan bersama. Risikonya ialah ada kerusi yang BN atau PN boleh menang tetapi akibat undi berpecah, maka PH ada peluang menang. Kita namakan kerusi Kategori Was-was.

Contohnya. Kerusi Parlimen Alor Setar. Berdasarkan keputusan PRU lalu:

PN 37,486

PH 27,555

BN  8,930

Bebas  (abaikan)

Kerusi itu berada dalam Kategori Was-was kerana kebarangkalian untuk BNPH menang atau kalah hampir setara.

Maka BN dan PN kena senaraikan semua kerusi dalam Kategori Was-was di seluruh negara, sama ada Parlimen atau DUN. PN dan BN hanya berunding pembahagian kerusi bertanding untuk kategori ini sahaja. Pastikan satu lawan satu dengan PH.

Manakala bagi kategori yang kedua, iaitu Kategori Selamat di mana BN atau PN telah menang dengan selesa, majoriti besar pada PRU15, jauh mengatasi PH.. maka bertandinglah 3 penjuru pun (BN, PN dan PH). Anggaplah ianya pertandingan persahabatan BN,PN menyerahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan terbaik. 

Contoh kerusi Kategori Selamat ialah Parlimen Pokok Sena:

PN 52,275

PH 20,524

BN 14,523

Andai undi BN+PH terbahagi dua pun, PH tetap tak boleh menang. Apapun itu keputusan lalu. Namun boleh dijadikan asas rujukan untuk penentuan Kategori Selamat BN,PH. Maka untuk kerusi kategori ini, biarlah berlaku pentandingan persahabatan antara PN, BN dan parti-parti lain.

Sebenarnya situasi ini pernah berlaku dalam PRU Negeri Johor baharu lalu. BN dan PN (yang tidak bertanding semua kerusi) bertanding lawan PH dan lain-lain parti. PAS umum tempat tidak bertanding, beri undi pada BN. Tidak berlaku serang menyerang antara kedua-dua pihak. Semua berjalan dengan harmoni. Bila BN menang besar, PAS terima keputusan rakyat.

Cuma di Johor tiada perjanjian tubuh Kerajaan bersama selepas keputusan. Untuk PRU16 adakanlah persefahaman dan perjanjian awal. Calon-calon yang menang tubuh Kerajaan bersama BNPN. Kalau peringkat DUN, siapa menang paling banyak maka MB dari parti tersebut. Di samping parti rakan kerjasama (BN,PN) tetap dipilih bersama dalam Kerajaan sebagai Exco dan lain-lain. Mereka juga anggota parti Kerajaan bukan pembangkang. Perjanjian kena dibuat sebelum PRU, kerana tanpa perjanjian BN boleh saja pilih PH macam pasca PRU15 lalu.

Melalui formula ini, PAS dan Umno masing-masing bebas letak calon dalam kawasan Kategori Selamat. Serahkan pada rakyat buat pilihan.

Post a Comment

0 Comments