Oleh: Oleh: Dato’ Ustaz Haji Ahmad Yahaya
Pesuruhjaya PAS Kedah
Suatu ketika dahulu, dia pernah dikenali sebagai tokoh anak muda Islam. Ucapannya berdegar-degar, penuh semangat dan menjadi pembakar obor perjuangan Islam dalam kalangan anak-anak muda pada zamannya.
Namun, siapa yang benar-benar mengetahui apa yang tersimpan di dalam hati seseorang? Dan siapa pula yang mampu menjangka bagaimana seseorang akan berubah apabila diuji dengan kuasa?
Hari ini, sedikit demi sedikit, wajah dan pendirian sebenar mula tersingkap melalui tindakan. Sikap terhadap Islam bukan lagi sekadar dinilai daripada ucapan, tetapi dapat dilihat melalui keputusan yang dibuat ketika kuasa berada di tangan.
Lesen perjudian kini berada dalam bidang kuasanya. Dia mempunyai kedudukan untuk menentukan sama ada lesen tersebut diluluskan atau sebaliknya.
Ironinya, suatu ketika dahulu PAS pernah dituduh mengambil wang judi, menggunakan hasil judi dan malah dituduh menaikkan jumlah cabutan judi.
Persoalannya, apabila kuasa itu pula berada di tangannya, apakah pendirian tersebut masih sama?
Jika hasil perjudian menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan negara, apakah wang itu juga akhirnya digunakan untuk membiayai kehidupan rakyat?
Inilah persoalan prinsip yang wajar dijawab secara jujur.
Terujilah tok mufti, para cerdik pandai dan ulamak yang mengelilinginya.
Kita saling mengingat, jangan sampai prinsip agama hanya lantang ketika berada di luar lingkaran kuasa, tetapi menjadi sunyi apabila kuasa sudah berada di tangan.
Kerana sesungguhnya, kuasa bukan sekadar memberi peluang untuk membuat keputusan; kuasa adalah ujian yang menzahirkan prinsip dan pendirian seseorang.
Kita semua sedang berjalan pulang untuk menghadapNya
0 Comments