Oleh: Zulkifli Yahaya
Ketua Penerangan PAS Kedah
Untuk pengetahuan Ronnie Liu, orang asli pun berasal dari luar juga. Permulaan manusia adalah Nabi Adam as dan Hawa. Baginda berdua bukan diturunkan dari syurga ke Malaysia (nama sekarang).
TETAPI asal pembinaan kekuasaan bagi sebuah negara ialah apabila sekelompok manusia membina tamadun, sistem pentadbiran dan qanun. Mereka mengasaskan hairaki berkerajaan dalam sekelompok besar manusia di atas sebidang tanah yang dipanggil negeri atau negara. Begitulah asas pembentukan mana-mana negara pun di planet Bumi.
Jadi siapa pemilik asal sesebuah negara? Mereka adalah pengasas kepada pembentukan negara tersebut. Bukan sekadar siapa yang lebih asal duduki sesuatu tempat. Perkara ini terpakai untuk Amerika Syarikat, Australia, New Zealand serta semua negara di dunia ini, sekalipun ada penduduk yang lebih awal hadir di situ.
Dalam negara yang kita duduki bernama Malaysia sekarang ini, pengasas kekuasaan tersebut adalah Raja-raja Melayu. Mereka kemudian menggabungkan negeri-negeri kecil membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Ditukar nama oleh penjajah kepada Malaya. Kemudian, bernama Malaysia hingga ke hari ini.
Jelas, mengikut fakta sejarah. Tuan asal tanah bagi Negara Malaysia ialah orang Melayu.

0 Comments