KEJAYAAN KERAJAAN NEGERI KEDAH BAWAH PENTADBIRAN PERIKATAN NASIONAL / PAS.

 

Oleh: Muhammad Hanif Jamaluddin

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia

1. Pelaburan yang masuk ke Kulim Hi-Tech Park mencecah RM147 bilion menjadikan keseluruhan pelaburan yang masuk sepanjang 6 tahun pentadbiran YAB MB Dato' Seri Sanusi berjumlah RM180 bilion.

2. Pelaburan di KHTP sepanjang pentadbiran YAB MB Dato' Seri Sanusi 2021-2025 (~RM132 bilion) berbanding 1996-2020 berjumlah RM50 bilion.

3. Syarikat Multi Nasional gergasi dunia yang masuk ke Kedah adalah seperti AT&S, Syarikat Austria yang membuat integrated circuit substrat untuk pemprosesan data centre, gaming, AI dan sebagainya. Syarikat pembuatan Porsche masuk tahun 2022 menjadikan Kedah adalah wilayah pertama kilang Porsche yang dibuka di luar Eropah. Boeing Composites Malaysia yang membuka dan meluaskan kilang di SBEZ Bukit Kayu Hitam.

4. Hasil Kerajaan Negeri mencatatkan peningkatan meskipun tidak menerima pampasan disebabkan memelihara tanah pertanian bersyarat padi yang menyebabkan kutipan hasil negeri yang rendah. Hasil Kedah 2015 (RM411 juta) berbanding 2025 (RM816 juta).

5. Rizab Kerajaan Negeri juga mencatatkan peningkatan daripada RM43.4 juta (2015) kepada RM402 juta (2024).

6. Kerajaan Negeri berjaya mencatatkan surplus terbesar 2025 iaitu RM48 juta berbanding rekod terburuk 2015 (defisit RM97 juta).

7. Kedah menerima pengiktirafan Sijil Bersih Kewangan pada tahun 2021 oleh Ketua Audit Negara menunjukkan pengurusan kewangan yang cekap oleh Kerajaan Negeri.

8. Pembangunan dasar The Greater Kedah 2050 bagi terus menerajui kemajuan negeri yang seimbang dari sudut ekonomi, fiskal serta kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

9. Pemberian geran dan lesen pendudukan sementara kepada lebih 8 ribu penerima sejak mentadbir Kerajaan Negeri pada 2020 sedangkan isu ini telah berbangkit sejak 20-30 tahun yang lalu.

10. Usaha amar makruf nahi munkar untuk menghapuskan premis perjudian di Negeri Kedah sehingga mendapat tentangan pihak tertentu dan kes kini diheret sehingga ke Mahkamah Persekutuan.

11. Penyelesaian masalah air di Kedah dengan 5 projek LRA. Satu telah siap (beroperasi) satu lagi projek (siap pembinaan status serahan), satu dalam fasa akhir (92%). Dua lagi projek LRA sedang dalam proses. Era sebelumnya tidak pernah berjalan mana-mana projek LRA meskipun pernah ditegur oleh pihak Audit.

Post a Comment

0 Comments