"KERAJAAN HARI INI BUKAN MANDAT RAKYAT DI PETI UNDI"
Oleh: Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)
Rafique Rashid
1- Ramai yang percaya Anwar Ibrahim ada mandat penuh daripada rakyat. Ini tidak betul. Ini satu khayalan.
2- Dalam sistem pilihan raya kita, untuk jadi Perdana Menteri dan tadbir negara, sesebuah parti mesti menang sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen. Ini undang-undang.
3- Pada PRU15, Pakatan Harapan (PH) cuma menang 82 kerusi. Mereka kekurangan 30 kerusi. Maknanya, mereka kalah untuk bentuk kerajaan sendiri.
4- Jumlah undi (undi popular). PH hanya dapat 38% undi. Ini bermakna, 62% rakyat Malaysia menolak Anwar Ibrahim. Majoriti rakyat tidak mahu beliau jadi Perdana Menteri. Angka ini tidak boleh ditipu.
5- Masa berkempen, kita dengar macam-macam sumpah. PH kata BN penyamun, perompak. BN pula bersumpah, "No Anwar, No DAP". Pengundi percaya. Mereka pun undi.
6- Selepas pilihan raya, apabila masing-masing tidak cukup kerusi, sumpah dan janji ini dicampak ke dalam longkang. Musuh ketat tiba-tiba peluk sesama sendiri. Mereka tidur sebantal demi kuasa.
7- Rakyat yang undi BN kerana benci PH telah ditipu. Rakyat yang undi PH kerana anti-rasuah juga ditipu.
8- Kerajaan hari ini bukan pilihan rakyat di peti undi. Ini kerajaan hotel mewah, hasil rundingan belakang tabir selepas pilihan raya tamat. Ini bukan mandat rakyat. Ini mandat paksaan.
9- Jangan tipu rakyat.Rakyat jangan kena tipu lagi.
10- Masa depan negara tidak boleh digadaikan dengan cara politik begini. Kita tidak mahu lagi kerajaan yang dibentuk secara tangkap muat selepas pilihan raya.
11- Untuk PRU akan datang, kita mesti paksa parti politik bersikap jujur. Kalau mahu bekerjasama, umumkan SEBELUM pilihan raya.
12- Mengapa ini penting? Rakyat tahu apa mereka beli. Kita berhak tahu siapa kawan dan siapa lawan sebelum kita pangkah. Jangan bagi rakyat beli "kucing dalam karung".
13- Dasar negara lebih jelas: Jika sudah pakat awal, mereka boleh buat satu manifesto yang sama. Kerajaan hari ini kucar-kacir kerana masing-masing bawa kepala sendiri. Hari ini kata lain, esok buat lain.
14- Tiada jual beli jawatan: Bila pakatan diumum awal, tiada lagi rundingan rahsia atau ugut-mengugut untuk dapat jawatan menteri selepas pilihan raya. Tidak lagi perlu guna agensi kerajaan atau pihak berkuasa picit dan tekan.
15- Demokrasi ini hak rakyat, bukan hak ahli politik untuk main 'aci lut' di belakang tabir.
16- Kalau berani dan jujur, umumkan pakatan anda sebelum rakyat pergi mengundi.
17- Jangan khianati undi rakyat lagi.
18- Anwar Ibrahim kata biar kekal tempoh mandat.
19- Saya kata adakah rakyat beri dia mandat?
0 Comments