𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗔𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗨𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗗𝗜𝗩𝗜𝗗𝗨 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗦𝗔𝗟 𝗗𝗔𝗥𝗜𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗪𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡

 

[KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS PERLIS ]

Oleh: Ahmad bin Ali
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis

‎1. PAS Perlis sentiasa berpegang teguh kepada prinsip perjuangan Islam yang menekankan amanah, kejujuran dan kesetiaan dalam setiap bentuk kerjasama politik.

‎2. Firman Allah SWT dalam Surah Al Isra' ayat ke 34;
‎"Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya"

‎3. PAS Perlis berpandangan setiap perjanjian antara parti gabungan perlulah dipatuhi dan dijalankan sebaiknya kerana perlanggaran kepada sebarang perjanjian jelas menunjukkan pengkhianatan dan ketidakharmonian yang berlaku.

4.  Sehubungan itu, PAS Perlis berpandangan bahawa setiap isu yang melibatkan pengkhianatan terhadap perjuangan hendaklah ditangani secara bertanggungjawab dan tidak boleh dipandang ringan.

‎5. PAS Perlis menegaskan bahawa kami tidak akan menjalinkan sebarang bentuk kerjasama politik dengan individu-individu yang berasal daripada Parti Bersatu yang terlibat dengan pengkhianatan kepada PAS kemudian keluar parti Bersatu dan kini menyertai Parti Wawasan, selagi isu pengkhianatan tersebut belum diselesaikan oleh pihak parti Bersatu.

‎6. Pendirian ini diambil sebagai tanda menghormati prinsip amanah serta bagi memelihara keyakinan rakyat terhadap integriti perjuangan politik.

‎7. PAS Perlis berpandangan bahawa pihak parti Bersatu perlu mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana individu yang dikenal pasti sebagai dalang kepada pengkhianatan tersebut, sekiranya terdapat asas dan melalui proses yang sewajarnya.

1. Selagi tiada penyelesaian atau tindakan yang jelas terhadap perkara tersebut, PAS Perlis berpendirian bahawa kerjasama politik dengan kumpulan berkenaan tidak wajar dipertimbangkan.

2. PAS Perlis kekal komited untuk memperkukuh kesatuan dalam kalangan rakan-rakan gabungan yang benar-benar ikhlas mempertahankan agenda perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

‎10. PAS Perlis akan terus berpegang teguh kepada prinsip perjuangan Islam dan membuat setiap keputusan politik berdasarkan maslahah, keadilan serta kepentingan rakyat.


“Kembali Kepada Penyelesaian Islam"

𝟮𝟵 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗿𝗿𝗮𝗺 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛 / 𝟭𝟱 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲

Post a Comment

0 Comments