PN AKAN TERUS DIURUS SECARA TERTIB, BERPRINSIP DAN BERLANDASKAN PERLEMBAGAAN

 

Kenyataan Media

Pengerusi Perikatan Nasional 


Oleh: Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

Pengerusi 

Perikatan Nasional

Saya menegaskan bahawa Perikatan Nasional (PN) bukan milik mana-mana parti secara mutlak. PN adalah gabungan politik berperlembagaan yang ditubuhkan atas dasar muafakat parti-parti pengasas.

PAS juga adalah antara parti pengasas PN dan saya sendiri merupakan salah seorang penandatangan rasmi penubuhan PN.

Justeru, sebarang tafsiran mengenai status, kedudukan dan hala tuju PN tidak boleh dibuat secara sepihak. Ia hendaklah dirujuk kepada perlembagaan PN dan diputuskan melalui saluran rasmi gabungan.

Keutamaan saya ialah memastikan PN terus diurus secara tertib, berprinsip dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat dan negara.


11 Jun 2026

Post a Comment

0 Comments