Oleh: Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat/ADUN Batu Buruk
1- Awal pagi tadi, Republik Islam Iran telah melancarkan “pre-emptive strike” atau serangan awal ke atas negara haram “Isr4 Hell” berikutan pencabulan berterusan gencatan senjata oleh regim penjajah Zionis “Isr4 Hell”.
2- Dilaporkan tidak kurang 20 peluru berpandu balistik termasuk dron disasarkan ke atas negara haram “Isr4 Hell” khususnya ke atas pengkalan tentera udara Ramat David yang menjadi ‘dalang utama” serangan ke atas Selatan Lubnan serta Dahiyeh, Beirut pada Sabtu lalu.
3- IRGC dalam kenyataannya sejurus serangan dilancarkan menyatakan bahawa ia adalah amaran kepada regim penjajah Zionis “Isr4 Hell” agar mematuhi gencatan senjata dan menghentikan serangan serta pencerobohan ke atas Selatan Lubnan termasuk Beirut. IRGC turut memberi amaran keras jika tentera regim penjajah Zionis “Isr4 Hell” melancarkan serangan balas, serangan besar-besaran akan dilancarkan ke atas negara haram “Isr4 Hell”.
4- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ketika disoal media Amerika Syarikat mengenai serangan yang berlaku menyatakan bahawa regim penjajah Zionis “Isr4 Hell” tidak memberitahu Amerika Syarikat mengenai serangan tersebut.
5- Benjamin Netanyahu menyatakan kepada Donald Trump bahawa regim penjajah Zionis “Isr4 Hell” bercadang untuk melancarkan serangan besar-besaran ke atas Republik Islam Iran, namun Donald Trump menyatakan Amerika Syarikat tidak mahu terbabit dalam serangan tersebut.
5- Media negara haram “Isr4 Hell” mengesahkan bahawa tidak ada serangan balas bakal dilancarkan namun jurucakap tentera regim penjajah Zionis “Isr4 Hell” (IDF) menyatakan bahawa IDF kini melakukan penilaian dan telah menetapkan serangan yang bakal dilancarkan pada masa akan datang.
6- Berikutan serangan tersebut, Republik Islam Iran, Iraq dan Syria telah menutup ruang udara negara masing-masing dan meletakkan tenteranya dalam keadaan berjaga-jaga di seluruh negara. Sehingga kini, tidak ada serangan balas oleh regim penjajah Zionis “Isr4 Hell” ke atas Republik Islam Iran.
Bebaskan Masjid Al-Aqsa, Merdekakan Palestin”
21 Zulhijjah 1447H / 6 Jun 2026.
0 Comments