PERMOHONAN PCM SERTAI PN SAH


Oleh: Muhammad Tajri

1) Semua pemilihan jawatan dalam mana-mana parti politik dibuat oleh anggota parti. Kaedahnya, ikut perlembagaan parti masing-masing. Bukan dipilih dan diputuskan oleh ROS.

2) Apabila, Pengerusi Pemilihan umum pemegang jawatan bagi sesi tertentu, setelah menang bertanding atau menang tanpa bertanding; maka bersoraklah penyokong masing-masing. Penyokong tak tunggu kelulusan ROS selepas berminggu, baru nak bersorak. 

3) Walaupun senarai baru pemegang jawatan perlu dimaklumkan pada ROS dalam tempoh 60 hari, pemegang jawatan sudah boleh menjalankan tugas parti. Semua pertubuhan pun buat begitu. Tak pernah parti politik hantar dulu senarai pemegang jawatan baru pada ROS lepas tu tunggu berminggu-minggu pengesahan ROS, baru mula bertugas. ROS tak pernah keluar surat pengesahan jawatan dan tarikh mula bertugas.

4) Senarai yang dihantar pada ROS itu pemakluman bukan permohonan. (Saya ulang, pemakluman bukan permohonan) ROS bukan jawatankuasa pemilih untuk luluskan/sahkan perjawatan. Namun ia tetap wajib dihantar dalam tempoh tertentu.

5) Ada juga perkara yang perlu kelulusan ROS. Kena buat permohonan. Antaranya, nak tukar nama parti. Kalau ROS tak lulus, tak boleh.

6) Dalam isu tukar nama Parti Cinta Malaysia ke Parti Wawasan Negara (WAWASAN) ia perlu permohonan kepada ROS. Sementara ROS belum lulus, permohonan sertai PN dibuat atas nama PCM bukan WAWASAN.

7) Bila mesyuarat Parti Cinta Malaysia, buat keputusan, tukar Setiausaha Agung PCM kepada Datuk Seri Saifuddin Abdullah, ianya sah. Walaupun pemakluman belum dibuat pada ROS, beliau sudah boleh menjalankan tugas. Maka tidak berbangkit kononnya permohonan PCM sertai PN tak sah. Memang sah, kerana telah mengikut Perlembagaan  parti dan Peraturan ROS.

Sekian.


MUHAMMAD TAJRI

Post a Comment

0 Comments