"KUALITI KEMENANGAN LEBIH PENTING BERBANDING KUANTITI KERUSI DITANDINGI"

 

Oleh: Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai

Presiden GERAKAN  

Inilah realiti dan strategi yang perlu kita fahami.

Bagi GERAKAN, kualiti kemenangan adalah jauh lebih penting daripada kuantiti kerusi yang ditandingi. 

Kita mahu bertanding untuk menang dan berkhidmat, bukan sekadar memenuhi kuota.

​Sebagai sebuah parti yang inklusif, GERAKAN komited membawa pendekatan kesederhanaan dalam PN. 

Kami percaya, kekuatan sesebuah gabungan datang daripada keupayaan untuk membela semua kaum dan agama tanpa mengetepikan sesiapa pun.

​Perbezaan pendapat di dalam komponen adalah bukti demokrasi yang sihat, namun penyelesaian secara dalaman demi kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kita.

Post a Comment

0 Comments