Oleh: Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi
Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat
Republik Islam Iran kini telah menggantung rundingan untuk memuktamadkan deraf MOU dengan Amerika Syarikat bagi melanjutkan gencatan senjata serta menamatkan perang. Di antara punca utama, pencabulan gencatan senjata berterusan regim penjajah Zionis “Isr4 Hell”, meluaskan lagi pencerobohan ke atas Selatan Lubnan dan melancarkan serangan besar-besaran ke atas Beirut.
Republik Islam Iran menekankan bahawa untuk meneruskan rundingan, regim penjajah Zionis “Isr4 Hell” perlu serta merta menghentikan serangan ke atas Semenanjung Gaza dan Lubnan serta mengundurkan keseluruhan tentera regim penjajah Zionis “Isr4 Hell” dari Selatan Lubnan. Selagi tidak dipenuhi tuntutan tersebut, rundingan tidak akan diteruskan.
“Axis of Resistant” dan Republik Islam Iran secara bersama akan mengawal sepenuhnya dan melaksanakan sekatan ke atas Selat Hormuz dan akan mengaktifkan “kawasan perang baharu” termasuk Bab Al-Mandab untuk menghukum regim penjajah Zionis “Isr4 Hell” dan sekutunya.
Menurut laporan, dalam perjanjian dengan Amerika Syarikat selepas ini, Republik Islam Iran akan memasukkan klausa untuk Semenanjung Gaza sebagaimana yang dilakukan ke atas Lubnan. Berikutan digantung rundingan, regim penjajah Zionis “Isr4 Hell” dilaporkan serta merta telah menggantung rancangan untuk melancarkan serangan besar-besaran ke atas Beirut.
Menurut media negara haram “Isr4 Hell”, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah memaksa Benjamin Netanyahu untuk tidak meneruskan rancangannya menyerang Beirut, sebagaimana yang tertera di laman media sosial Truth Sosial milik Donald Trump walaupun tidak sepenuhnya benar dengan beliau menyatakan rundingan dengan Republik Islam Iran masih lagi berlangsung.
Speaker Parlimen Iran Mohammad Baqer Qalibaf berkata, jika regim penjajah Zionis “Isr4 Hell” tidak menghentikan serangan ke atas Lubnan, ia bakal berhadapan dengan Republik Islam Iran secara langsung. Jelas, Republik Islam Iran mempunyai kelebihan besar kali ini, sedikit kesilapan bakal menjerut terus regim penjajah Zionis “Isr4 Hell” dan Amerika Syarikat.
Donald Trump dan Benjamin Netanyahu kini berada di penghujung jalan!
16 Zulhijjah 1447 bersamaan 2 Jun 2026

0 Comments