Kenyataan Media
Oleh: Ku Abd Muhyi Ku Abd Hamid
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menyatakan dukungan penuh terhadap pendirian yang dibuat oleh PAS Pusat yang menoktahkan kerjasama dengan BERSATU. Keputusan ini adalah rentetan daripada kenyataan Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS diikuti pendirian yang telah dikemukakan oleh Majlis Syura Ulama berikutan kedudukan politik PAS dengan parti tersebut.
DPPNK yakin pendirian dan tindakan tegas yang ditunjukkan oleh PAS Pusat itu dibuat melalui penelitian yang mendalam mempertimbangkan maslahat politik yang lebih besar. Ia bukan suatu keputusan yang mengurangkan bentuk kerjasama yang ada apatah lagi cubaan menjadi pemecah belah, tetapi sebaliknya melihat kepada kerjasama dan penyatuan yang lebih besar, strategik dan bersifat jangka panjang.
DPPNK akan sentiasa menyokong ketetapan yang dibuat PAS Pusat menuruti situasi politik semasa selain menyatakan kesiapsiagaan jentera anak muda Negeri Kedah untuk Pemuda PAS Kedah sekali lagi mencipta sejarah melakar kemenangan terbesar di Kedah.
Justeru, ahli Pemuda dan penyokong digesa untuk turun beramai-ramai ke PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA PAS KEDAH pada 12 Jun 2026, jumaat untuk menjadi sebahagian dari saksi kekuatan jentera parti.

0 Comments