DR SAM MENGATASI ANWAR, MUHYIDDIN & ZAHID

 

Oleh: Muhammad Ehsan Shaari  

Penyelidik Yayasan Kedah Sejahtera (YKS)

Dapatan kajian Merdeka Center mengenai penarafan pemimpin dalam kalangan responden Melayu memberi gambaran menarik menjelang PRU16.

Jika dilihat melalui ukuran net approval, iaitu beza antara kadar berpuas hati dan tidak berpuas hati, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar atau Dr Sam mencatatkan kedudukan yang sangat signifikan.

Khairy Jamaluddin berada di kedudukan tertinggi dengan 62% berpuas hati, 26% tidak berpuas hati, menjadikan net approval beliau +36.

Namun Khairy tidak memimpin mana-mana gabungan politik utama ketika ini.

Dalam kalangan pemimpin yang berada dalam gabungan politik utama negara, Dr Sam muncul antara yang paling menonjol.

Beliau mencatatkan 48% berpuas hati dan hanya 26% tidak berpuas hati, menghasilkan net approval +22.

Sebagai perbandingan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencatatkan 49% berpuas hati, tetapi kadar tidak berpuas hati terhadap beliau lebih tinggi iaitu 43%. Ini menjadikan net approval beliau hanya +6.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mencatatkan net approval -6, Datuk Seri Rafizi Ramli -12, manakala Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi -29.

Data ini menunjukkan satu perkara penting:

Dr Sam bukan sahaja diterima, tetapi kadar penolakan terhadap beliau juga jauh lebih rendah.

Dalam politik pilihan raya, faktor ini sangat penting kerana pengundi atas pagar lebih mudah menerima pemimpin yang tidak terlalu polarising.

Dr Sam juga membawa imej teknokrat, sederhana, lebih segar dan kurang terpalit dengan kontroversi politik nasional.

Bagi Perikatan Nasional, dapatan ini wajar dilihat secara strategik menjelang PRU16.

PAS bukan sahaja penyumbang kerusi penting dalam PN, tetapi kini turut memiliki tokoh yang mempunyai tahap penerimaan tinggi dalam kalangan pengundi Melayu.

Langkah menjadikan Dr. Sam sebagai Pengerusi PN adalah langkah yang tepat yang mampu menjadikan PAS sebagai parti utama. 

Justeru mampu mentadbir Malaysia pada PRU16 nanti.

Post a Comment

0 Comments