ZAHID, SIAPA SEBENARNYA KHIANAT?

 

Oleh: Muhamad Mat Yakim

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah

Kalau ada yang masih ragu-ragu, lihat sahaja komposisi kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang, Perak & Negeri Sembilan daripada keputusan Pilihan Raya ke 15. 

Benarlah kata Tok Guru Presiden PAS bahawa UMNO-BN sebenarnya punya pilihan untuk mengekalkan dominasi kuasa yang lebih selesa pada tangan Melayu/ Islam  tanpa penglibatan PH. Namun mereka sebaliknya memilih DAP, PKR dan Amanah kerana tidak mahu PAS turut sama berada di tampuk kuasa.

Presiden UMNO telah berbohong apabila mengatakan PAS telah khianat. Presiden PAS sejak awal membawa gagasan penyatuan ummah dan telah berusaha dengan bersungguh sungguh menyatupadukan orang Melayu sejak Najib masih Perdana Menteri lagi. 

Ketika banyak mula mengambil jarak dari Najib disebabkan isu 1MDB, Tok Guru sebaliknya membina jambatan dengan Najib dan UMNO. Kerana itulah juga PAS berpecah hingga sekumpulan pemimpin mengambil tindakan tinggalkan PAS kononnya kerana “enggan melacurkan diri kepada UMNO” (Mahfuz Omar, 2015).

Hubungan PAS dengan UMNO jadi semakin mesra ketika jawatan Presiden UMNO dipangku oleh Mohamad Hassan yang menyaksikan kerjasama mantap telah membawa kemenangan kepada BN di PRK Tanjung Piai (Wee Jeck Seng) serta beberapa PRK lain.

Melihat hubungan dan kerjasama yang semakin baik dengan kemenangan demi kemenangan dicapai dalam PRK, Zahid kembali dari percutian. Ketika itu barulah Muafakat Nasional dimeterai secara rasmi dengan PAS yang mana dia claim, dialah yang mencetuskan idea Muafakat Nasional dalam kenyataan kelmarin. Padahal kerjasama PAS - UMNO telah bermula lama sebelum itu, dan bereliasasi semasa Mat Hassan memangku jawatan Presiden UMNO.

Selepas Langkah Sheraton, UMNO mulanya tiada masalah sama ada dengan PAS mahupun Bersatu untuk turut sama membentuk Kerajaan walaupun yang jadi kepala Kerajaan ialah Tan Sri Muhyiddin. 

Kita tahu, apa yang paling penting bagi pemimpin UMNO ialah jawatan dan mereka tidak boleh hidup tanpa jawatan. Walaupun sukar untuk mereka terima orang-orang Bersatu namun demi kedudukan, mereka ok saja!

Daripada jawatan menteri kanan, akhirnya Naib Presiden UMNO Ismaik Sabri naik jadi Perdana Menteri. Zahid yang tidak ada jawatan Kerajaan, mula dilihat tidak selesa. 

Isu-isu dengan Bersatu mula triggered. PAS jadi sasaran. Mail Sabri mula ditekan untuk segera bubar Parlimen. Ketika PAU, Dewan Merdeka bergegar dengan laungan “No Anwar! No DAP! No Bersatu!”.

Tiba tiba hari ini dia kata PAS yang khianat. 

Saya tetap percaya semua ini sudah dirancang oleh ‘anak murid dengan cikgunya’ , yang ke hadapan juga sudah dirancang. Jangan percaya cerita gerak solo!

Benarlah seruan Tok Guru Presiden PAS supaya UMNO kembali ke pangkal jalan, kembali kepada asas perjuangan demi igama (sebutan Allahyarham Tun Sulaiman Ninam Shah) bangsa dan negara untuk mengembalikan semula kekuatan yang sudah hilang.

UMNO sekarang sudah hanyut terlalu jauh. Mereka sanggup mengenepikan PAS sebaliknya mengambil DAP jadi sekutu semata mata atas rasa dengki dan iri hati setelah PAS semakin mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu. 

PAS sejak awal sedia memberi tempat kepada UMNO untuk terus mengetuai Kerajaan kerana apa yang lebij utama bagi PAS ialah survival dan dominasi kuasa kekal dalam keadaan selesa, bukan seperti sekarang.


https://www.facebook.com/share/p/1RYhcNy1LU/?mibextid=wwXIfr

Post a Comment

0 Comments