DAP JANGAN JADI "KADUK NAIK JUNJUNG"


Oleh: Ir. Ts. Dr. Nurul Islam Mohamed Yusoff
Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi Lajnah Penerangan PAS Pusat

Semalam rakyat Selangor baca titah Tuanku Sultan Selangor yang menyentuh isu berkaitan kuasa dan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu dalam sistem pemerintahan negara. 

Tuanku Sultan Selangor siap pesan supaya Adun DAP YB Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP Ronnie Liu untuk melawat monumen Rukun Negara supaya kefahaman mereka mengenai Rukun Negara dapat dipertingkatkan. 

Tak lama lepas tu, pemimpin DAP Tony Pua tampil memberikan respons balas yang menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia dan Selangor. Ada ker selambe dia jer kata dia hanya patuh kepada Peruntukan Undang Undang dan Perlembagaan, bukan titah Raja. 

Tulisan Tony Pua cuba nak menggambarkan bahawa kuasa Sultan hanya terbatas kepada soal adat Melayu, agama Islam dan beberapa fungsi perlembagaan tertentu seperti pelantikan Menteri Besar serta pembubaran Dewan Undangan Negeri semata-mata.

Pemahaman sempit macam ini memperlihatkan satu pendirian yang cuba mengecilkan peranan dan kedudukan institusi Sultan dalam kerangka kenegaraan Malaysia.

Hakikatnya, institusi Raja-Raja Melayu bukan sekadar simbol adat dan istiadat. Institusi ini mempunyai kedudukan tersendiri dalam sejarah pembentukan negara, keseimbangan sistem demokrasi berperlembagaan serta menjadi payung perpaduan rakyat.

Apabila kenyataan seperti ni dikeluarkan secara terbuka oleh seorang pemimpin kanan DAP, rakyat berhak bertanya: adakah ini benar-benar mencerminkan pendirian rasmi DAP?

Lagi kita pelik, tidakkah adakah kenyataan seperti ini tidak termasuk dalam kategori 3R?

Mana SKMM? 
Mana PDRM? 

Adakah sensitiviti terhadap institusi diraja hanya terpakai kepada pihak-pihak tertentu sahaja?

DAP pula perlu tampil menjelaskan pendirian sebenar parti itu terhadap institusi Raja-Raja Melayu dan had-had yang mereka percaya wujud terhadap kuasa Sultan. 

Kalau kamu berpendirian kuasa Sultan dan Raja Raja Melayu terbatas seperti apa dikatakan oleh Tony Pua, sebutkan terus terang. Biar jelas. Biar jadi pendirian parti kamu secara terbuka. 

Bak kata Agus "janganlah malu malu"......

Dalam masa yang sama, UMNO Selangor dan Pusat pun tak boleh terus berdiam diri. Mereka adalah sebahagian dari Kerajaan Madani. Pendirian pimpinan DAP adalah pendirian Kerajaan Madani juga. 

Dr Asyraf Wajdi keluar kenyataan kecam Tony Pua. Kata UMNO bersama Tuanku. Tapi dalam masa sama UMNO juga bersama DAP dalam Kerajaan Madani. Makan dua belah mana boleh Dr Asyraf. 

Kalau kamu terus bersama kerajaan Negeri dan Pusat kamu juga akan turut terpalit dengan kebiadaban DAP terhadap Raja Raja. Takkan kuasa UMNO nak tapi tahi Kerajaan Madani UMNO tolak tepi. 

Pemimpin DAP juga perlu ingat…

Ketika British mahu memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan memberikan kerakyatan kepada masyarakat bukan Melayu pada waktu itu, semuanya berlaku dengan perkenan Raja-Raja Melayu.

Hari ini kamu kata hanya hormat Undang Undang dan Perlembagaan, tetapi memperkecilkan “royal decree” dan institusi yang menjadi asas kepada pembentukan negara ini?

Memang "kaduk naik junjung betul".

Salam Hormat,
Ir. Ts. Dr. Nurul Islam Mohamed Yusoff
 

Post a Comment

0 Comments