Oleh: Roslinda Hashim
GURUN - Seekor ular sawa dianggarkan seberat 90 kilogram dengan panjang mencecah enam meter berjaya ditangkap selepas ditemui merintangi jalan di Jalan Perwaja, awal pagi tadi.
Kehadiran reptilia itu bukan sahaja menghalang lalu lintas, malah berpotensi mengundang kemalangan kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima maklumat mengenai kehadiran seekor ular jenis sawa daripada MERS Kedah pada pukul 2.24 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, anggota bertugas segera menjalankan penilaian situasi serta melaksanakan kawalan keselamatan bagi memastikan keadaan terkawal.
“Operasi menangkap ular dilakukan menggunakan peralatan khas dan mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum reptilia itu berjaya ditangkap sepenuhnya dengan selamat,” menurut kenyataan itu.
Difahamkan, operasi tersebut berjalan lancar tanpa sebarang kecederaan dilaporkan sama ada melibatkan orang awam mahupun anggota penyelamat.
Maklumat awal kejadian itu dimaklumkan oleh seorang wanita, yang terkejut dengan kehadiran ular tersebut di atas jalan raya

0 Comments