PRU16: TSUNAMI POLITIK MELAYU DIJANGKA BERLAKU

 

Oleh: Isham Jalil

Penganalisis Politik

Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO

PM, Dato' Seri Anwar Ibrahim minta jentera PH bersedia hadapi PRU.

DAP dan PKR cadang PRU dan PRN diadakan serentak. 

KJ dan Hishammuddin hantar surat rayuan kembali masuk atau batal gantung ahli UMNO kepada Zahid.

Maksudnya PRU semakin hampir. PN dan pembangkang perlu bersedia. Kita tukar kerajaan PH/UMDAP yang membawa mudarat kepada rakyat ini.

Jika UMNO pergi solo dan bertanding 115 kerusi, mereka akan pecahkan undi Melayu, maka yang untung adalah Anwar, PH dan DAP. Jika PH menang, selepas pilihan raya mereka akan sokong Anwar dan DAP semula. 

Jika mereka runding kerusi dengan PH dan pergi “solo” olok-olok pun yang untung adalah Anwar, PH dan DAP. Pendek kata, undi UMDAP dapatlah Anwar dan DAP semula.

Kita tidak boleh beri DAP berkuasa lagi di negara ini dan menjadi tangan ghaib kuasa politik negara. Jika mereka berkuasa lagi, kita dapat URA, dapat UEC, dapat pilihan raya PBT, dapat ladang babi, dan dapat persempadanan semula. 

DAP tidak akan benarkan orang-orang Melayu bersatu padu. Sebab jika orang-orang Melayu bersatu padu, DAP akan hilang kuasa.

Rumah bangsa UMDAP hanyalah helah UMDAP untuk Anwar dan DAP terus berkuasa. Untuk selamatkan dan bina semula UMNO, kita perlu tewaskan UMDAP.

Kita sudah ada payung besar orang Melayu, yang ditunjang oleh parti terbesar orang Melayu dan Islam, iaitu PAS, dan perikatan politik yang mana parti-parti Melayu yang dominan iaitu Perikatan Nasional. 

Buat apalah kita undi parti yang menyokong gabungan politik di mana DAP dominan? 

Orang-orang Melayu perlu bersatu. Penyatuan sebenar ini akan berlaku di bawah perikatan politik yang didominasi orang-orang Melayu, bukan pakatan politik yang didominasi DAP.

Dua PRU lepas telah berlaku tsunami politik Cina. Hampir semua pengundi Cina mengundi PH sejak itu. Pada PRU16 ini, saya jangka akan berlaku tsunami politik Melayu.

Pastikan undi Melayu tidak pecah. Tolak PH, tolak DAP, tolak UMDAP.

Beri peluang kepada Perikatan Nasional (PN) untuk mentadbir negara, dan buat pertama kali dalam sejarah, PAS menjadi Perdana Menteri. 

Dengan ini kita boleh satupadukan orang-orang Melayu, tolak politik wang, tolak rasuah dan tolak mafia korporat.

Bersatu kita teguh. 

Bercerai kita roboh.

Post a Comment

0 Comments