PASTI LANGKAWI SANTUNI MASYARAKAT CINA SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

 

Oleh : Nurul Shawani Abd Ghani

LANGKAWI - PASTI kawasan Langkawi telah mengadakan program santuni masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baharu Cina sebagai usaha memupuk semangat muhibah dan keharmonian dalam komuniti setempat.

Program tersebut melibatkan kehadiran wakil Pemuda PAS Kawasan Langkawi, guru serta murid PASTI yang turun padang menyantuni penduduk sekitar. 

Antara pengisian utama ialah kunjungan mesra, penyampaian buah tangan seperti buah limau dan hamper, serta penyampaian ucapan perayaan.

Inisiatif ini bukan sekadar aktiviti kemasyarakatan, malah menjadi platform pendidikan nilai kepada murid-murid. 

Pendedahan awal sebegini penting dalam membentuk generasi yang memahami, menghormati dan menghargai kepelbagaian budaya dalam masyarakat majmuk negara.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengukuhkan hubungan antara kaum serta menyemai sikap saling menghormati sejak usia muda, selaras dengan aspirasi melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.

ina #gongxifacai

Post a Comment

0 Comments