Oleh: Nur Akasyah Sabri
BALING - Seorang pekerja ladang berdepan detik cemas apabila terserempak seekor ular sawa sepanjang kira-kira tujuh meter dengan berat dianggarkan hampir 80 kilogram (kg), di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sera, pagi tadi.
Kehadiran reptilia gergasi itu disedari pekerja terbabit sekitar 10.15 pagi ketika dia sedang
menjalankan kerja-kerja rutin sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Baling digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan daripada seorang pekerja lelaki.
“Operasi mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan ular sawa tersebut dari kawasan ladang dengan menggunakan peralatan khas.
“Usaha ini adalah bagi memastikan keselamatan anggota dan orang awam terjamin sepanjang proses penangkapan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Mohd Faizol berkata, disebabkan saiznya yang luar biasa, APM Baling terpaksa menggunakan sebuah lori untuk membawa ular sawa tersebut ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Baling sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut.
“Operasi berjaya dilaksanakan dengan selamat tanpa sebarang kecederaan atau insiden tidak diingini,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Faizol menasihatkan orang ramai agar tidak bertindak sendiri sekiranya berhadapan dengan haiwan liar dan segera menghubungi pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

0 Comments