Masuk umur 40-an, ramai perasan satu perkara iaitu badan macam tukar setting sendiri.


Dulu tidur 4–5 jam pun esok boleh senyum pergi kerja. Sekarang tidur lewat sikit, bangun pagi sendi bunyi dulu baru badan “on”. Mata pula asyik jauhkan telefon, konon nak fokus padahal mata sendiri minta rehat.


Ini bukan sebab kita lemah.

Ini sebab badan dah mula bagi hint.


Umur 40-an biasanya tiga perkara jadi lebih jelas:

■ Metabolisme makin perlahan

■ Otot cepat susut kalau tak aktif

■ Badan ambil masa lebih lama untuk pulih.


Musuh mula datang senyap-senyap.

Perut naik sikit demi sikit.

Badan cepat lenguh.

Tidur tak cukup jadi perkara biasa.

Mula-mula rasa remeh.

Lama-lama, tekanan darah naik. Gula kacau. Mood turun. Tenaga cepat habis.


Sebab itu menjaga badan ketika melewati umur 40-an bukan kerana hendak nampak muda atau kejar kurus.


Tetapi untuk kekal boleh bekerja tanpa sakit.

Boleh layan keluarga tanpa cepat letih.

Boleh bergerak tanpa rasa badan “menyampah” setiap hari.


Tak perlu ekstrem.

Cukup buat yang asas tapi konsisten:

■ Latihan kekuatan 2–3 kali seminggu ikut kemampuan

■ Cukupkan protein, jangan main makan kosong


Jaga diri bukan tanda takut tua.

Tapi tanda kita masih nak hidup dengan kualiti.😊


Rujukan: Kesihatan Awam Malaysia

Post a Comment

0 Comments