KEDA ULU BAKAI BAKAL TERIMA BEKALAN AIR BERSIH



Oleh: Ku Azizah Ku Hamid

BALING - Bukit Hijau dipilih sebagai lokasi projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Alternatif untuk membekalkan air bersih kepada penduduk kampung sekitar Ulu Bakai dan KEDA Ulu Bakai termasuk kawasan sekolah di sekitarnya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, Dato’ Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali berkata, projek BALB Alternatif merupakan inisiatif di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk menyediakan air bersih di kawasan luar bandar yang sukar disambung ke sistem paip utama.
Menurut beliau, tempat yang paling sesuai dibina empangan sudah dikenal pasti dan penduduk kampung hanya perlu membuat kolam takungan untuk dialirkan air bersih kepada masyarakat.
"Kita usahakan projek bekalan air luar bandar alternatif kepada masyarakat di sini.
"Kita lihat kawasan ini sesuai diadakan empangan dan juga kolam takungan kerana sumber airnya bersih," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan tapak projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Alternatif di Desa KEDA Ulu Bakai, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, jurutera KKDW, Ts Norshafida Mohd Sobri berkata, paip 180 millimeter (mm) akan digunakan bagi membekalkan air ke kolam takungan daripada empangan.
"Kolam takungan itu diletakkan tapisan untuk menapis bendasing atau pasir dan air yang keluar kepada orang kampung adalah air yang bersih," katanya.
 

 

Post a Comment

0 Comments