Oleh: Ku Muhyi Ku Abd Hamid
Ketua Pemuda PAS Kedah
Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan berbahas di Parlimen menyatakan bahawa tuntutan Kedah terhadap Pulau Pinang adalah tidak berperlembagaan. N
Dia juga samakan tuntutan Kedah terhadap Pulau Pinang ni sama dengan tuntutan Sulu terhadap Sabah.
Hairan sunggguh tengok pemimpin DAP dan PH Pulau Pinang yang terlalu takut, risau dan ada kebimbangan melampau dengan isu ini.
Ada udang di sebalik batu ka?
Sejak daripada mula Kedah buat tuntutan semakan kadar pajakan, depa duk main naratif Pulau Pinang negeri berdaulat.
Dari awal juga KDYMM Sultan Kedah bertitah tentang soal status kedudukan pajakan tanah Pulau Pinang ni. Sudah banyak juga penulisan ilmiah dan pembentangan kajian sejarah yang dikongsikan oleh ahli akademik dan pakar sejarah sebelum ni. Kena rajin sikit lah ulang kaji.
Persoalannya, adakah KDYMM Sultan Kedah tidak ada daulat untuk bersuara soal ini sedangkan Pulau Pinang ni memang ternyata asalnya milik Kedah suatu ketika dahulu?
Kes tuntutan ini tak sama dengan kes Sulu dengan Sabah. Adakah DAP nak mengakui Sabah dulu di bawah Kesultanan Sulu?
Atau DAP sendiri tak faham susur galur sejarah negeri-negeri dalam Malaysia sebelum mencapai Kemerdekaan?
Itulah sebab betapa penting subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam pendidikan, maka tak pelik jugak lah kalau beria-ia depa nak angkat sistem pendidikan dari luar.
Terdahulu, depa juga yang cabar supaya Kedah bawa tuntutan ni ke mahkamah. Jadi sekarang kita dah bawa, maka bertenang sudah lah tak perlu gelabah.

0 Comments