AWAS CARA HALUS UNTUK IKTIRAF UEC

 

Oleh: Ir. Ts. Dr. Nurul Islam Mohamed Yusoff 
Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi
Lajnah Penerangan PAS Pusat  

Anthony Loke kata mesyuarat kabinet bersetuju mana-mana pelajar yang dapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta akan layak memohon ke universiti awam. 

Peraturan sekarang semua calon mesti amik sekurang-kurangnya enam mata pelajaran SPM.

Apa mata pelajarannya?
Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris,
Matematik,
Sains,
Sejarah,
dan mata pelajaran lain.

Pelajar yang ambil UEC tak dapat masuk universiti awam sebab ujian dia tak diiktiraf oleh sistem pendidikan negara. 

Sekarang sebagai jalan tengah (tak tengah pun) Kerajaan Madani cadangkan, untuk benarkan pelajar yang ambil UEC boleh hanya ambil BM dan Sejarah dalam SPM dan boleh masuk universiti awam. 

Minta maaf aku tak bersetuju dan bantah cadangan ini!!

Kalau Kerajaan Madani buat juga cadangan ni, macam mana KPT ketika permohonan unviersiti nanti nak kira merit kalau subjek lain tidak diambil? Nak suruh iktiraf subjek UEC yang lain untuk kira merit ker? 
Tak sama dan tak layak untuk disamakan. SPM punya kualiti berbeza dengan UEC.

Satu lagi bila pelajar aliran UEC ni dibenarkan ambil BM dan Sejarah dan cukup lulus sahaja untuk masuk unviersiti awam, mereka akan belajar BM dan Sejarah ala kadar untuk "cukup makan" sahaja. 

Adakah ini yang kita mahu? Generasi ala kadar dan cukup makan yang kita mahu? 

Paling bahaya tindakan ni sebenarnya akan buka pengiktirafan terhadap UEC secara halus. Tanpa kita sedar, akhirnya UEC akan diiktiraf. Mula dengan perlu ambil BM dan Sejarah SPM melengkapi keputusan UEC boleh mohon universiti awam, kemudian akan hilang syarat BM dan Sejarah tu dan boleh guna keputusan UEC sahaja. 

Aku menyeru semua Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, bangkit dan bantah keputusan ini. Kita tidak boleh biarkan sistem pendidikan kita dic@buli. Kita tidak boleh harapkan geng pro UEC nak pertahankan sistem pendidikan negara. 

Kita bertegas jangan iktiraf sama sekali UEC. Semua jenis aliran perlu ikut sistem peperiksaan yang sama. Iaitu SPM. Belajarlah dalam bahasa apa pun kamu nak, tapi akhirnya kamu perlu ambil SPM. 

Tapi satu yang aku pelik tengok pengumuman ni. Kenapa Setiausaha Agung DAP yang umum perkara ni? Mana Menteri Pendidikan? Menteri Pendidikan dan PMX setuju ker? Atau dah kena kunci mulut?

Salam Hormat.

Post a Comment

0 Comments