Oleh: Rafique Rashid
Ketua Penerangan Pejuang
1. Peguam Negara kata dia keliru, kabur.
2. Istana Negara maklum semua jelas.
3. Sekarang ini seluruh negara sudah ada laporan polis terhadap Peguam Negara. Polis akan siasat?
4. Lepas polis siasat kertas siasatan akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara.
5. Ya,jabatan yang sama yang akan lihat dan putuskan kertas siasatan atas Peguam Negara.
6. Jabatan Peguam Negara putuskan siasatan atas Jabatan Peguam Negara?
7. Keliru? Kabur?
8. Itulah Peguam Negara yang ada sekarang.
9. Peguam Negara apabila jadi subjek siasatan tiada pilihan lain kecuali bercuti dari jawatan (garden leave ) atau letak jawatan untuk elak persepsi bahawa berlaku pilih kasih dalam siasatan.
10. Titah Istana Negara pula perlu diambil sebagai isyarat jelas bahawa Peguam Negara hilang kelayakan sebagai penasihat undang-undang kerajaan.

0 Comments