TAMBAHAN KERUSI PARLIMEN UNTUK SABAH SARAWAK SATU LAGI LAKONAN PMX


Oleh: Fadhli Shaari
Ketua Penerangan PAS

1. Sekali lagi PMX tampil dengan lakonan bermutu tinggi apabila menjanjikan tambahan kerusi parlimen untuk Sabah dan Sarawak. Maka tersenyum lebarlah kedua-dua Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak di sebelah kanan dan kiri PMX mendengar janji ini. Saya harap mereka berdua tidak mudah terpedaya.

2. Tambahan kerusi itu satu perkara yang bagus dan praktikal. Tetapi ia memerlukan pindaan perlembagaan dengan 2/3 suara majoriti di Parlimen. Tanpa rundingan untuk pertambahan juga di banyak lokasi di Semenanjung, adakah anda fikir ia akan lulus dengan mudah? Jika PN dan BN mengambil sikap tidak menyokong, adakah ia boleh lulus?

3. Kali terakhir persempadanan pilihanraya dibuat ialah pada tahun 2018, rundingan dan sesi libat urus oleh SPR bersama pemegang-pemegang taruh bermula sejurus selepas PRU2013. Bermula dari sempadan baru bahkan nama Parlimen dan DUN pun dirunding pada masa itu dengan parti-parti yang terlibat.

4. Adakah anda rasa janji untuk menambah kerusi parlimen ini boleh dilaksanakan sebelum PRU16 tanpa sebarang rundingan dibuat oleh SPR bersama pemegang-pemegang taruh? Ia bukan mudah dan bukan kerja sebulan dua. 

5.  Pertambahan kerusi parlimen ini perlu, kita akui. Tetapi ia bukan sahaja di Sabah dan Sarawak, bahkan di Semenanjung. Lebih kritikal lagi ialah di kerusi-kerusi negeri-negeri Pantai Timur atau ‘malay belt area’ yang mana ketika pertambahan kerusi untuk PRU 2004, negeri-negeri ini tidak menikmati pertambahan kerusi sebagaimana Pantai Barat.

1. Jadi, ia janji yang manis tetapi tidak praktikal untuk masa sekarang. PRU16 akan berlaku dalam tempoh setahun sahaja lagi, Sabah Sarawak jangan mudah tertipu dengan lakonan ini. 

2. Tujuan sebenar janji ini ialah untuk memastikan Sabah Sarawak terus menyokong kerajaan Madani jika BN mengambil sikap untuk keluar dari kerajaan. Jika itu berlaku, kerajaan Madani boleh bertahan dengan majoriti tipis tetapi untuk meminda perlembagaan dan menambah kerusi parlimen, ia tidak akan berlaku jika tiada perundingan. PAS tiada masalah untuk setuju jika pertambahan kerusi ini adil untuk semua dan melalui perbincangan yang sepatutnya. 

3. Sabah Sarawak jangan ambil langkah yang silap. Menyokong kerajaan Madani PMX pada hari ini boleh jadi dapat untung sehari dua, tetapi tidak dalam jangka masa yang panjang. PMX akan jadi XPM tidak lama lagi Insya Allah. Jangan biarkan dia bawa anda terjun gaung bersama-sama.

Sekian terima kasih.

13 September 2026

Post a Comment

0 Comments