Oleh: Ustaz Mohamed Sukri Omar
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
Penyatuan Ummah dan Rumah Bangsa adalah gagasan yang saling melengkapi dalam membina sebuah negara yang stabil, makmur dan dihormati.
Penyatuan Ummah mengikat kekuatan umat Islam dan Melayu atas asas persaudaraan, prinsip serta kepentingan bersama tanpa mengetepikan bangsa yang lain.
Rumah Bangsa pula memperluaskan ruang kebersamaan, menghimpunkan seluruh rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang menjunjung keadilan, keharmonian dan saling menghormati.
Gagasan penyatuan yang dibawa bagi menguatkan negara.
Kita tidak mahu kebersamaan yang menghapuskan identiti, tetapi kebersamaan yang menghormati akar sejarah, kedudukan Islam, hak semua kaum serta kerangka Perlembagaan.
Ummah yang bersatu menjadi teras kekuatan.
Rumah Bangsa yang kukuh menjadi wadah kebersamaan.
Apabila kedua-duanya bergerak seiring, insya-Allah kita mampu membina politik yang lebih matang, masyarakat yang lebih harmoni dan negara yang lebih stabil serta makmur.
Berbeza wadah tidak semestinya berbeza cita-cita. Yang penting, Malaysia mesti dibina bersama.
#GagasanPenyatuanUmmah
#RumahBangsa
0 Comments