JUDI: KEMANA HALA TUJU MALAYSIA SELEPAS 69 TAHUN MERDEKA

 

Oleh: Mohd Faizi Che Abu

Peguambela dan Peguamcara

1. Kecoh sekejap selepas Mahkamah memutuskan keputusan polisi Kerajaan Negeri Kedah yang tidak lagi membenarkan operasi perniagaan judi adalah bertentangan dengan Perlembagaan.

2. Semua orang saling tunding menunding jari. Ada kata Kedah main politik, ada sebut Kedah tunggang sentimen keagamaan. Ada yang berhujah naikan cabutan judi sebagai kayu ukur sokong judi atau tidak. Bab ini saya malas nak komen sbb semua orang dah buat pendirian masing-masing, nak ubah susah.

3. Tapi saya suka cari solusi. Solusi yang melihat kehadapan. Solusi yang mengambil masa panjang dan melindungi masyarakat awam.[ Maqasid Syariah]

4. Lesen Judi adalah di bawah Kerajaan Persekutuan. Lesen Premis dibawah Kerajaan Negeri. Satu dibawah Pool Betting Act. Satu lagi Local Government Act.

5. Dalam dua-dua Akta ini, pihak Menteri [ Persekutuan] dan pihak berkuasa tempatan [Kerajaan Negeri] berhak meletakan syarat tambahan dalam pemberian lesen judi dan lesen premis.


Seksyen 5(3)(d) Pool Betting Act

(3) A licence issued under subsection (1)-

(d) shall be subject to such conditions or restrictions as the Minister may impose from time to time or during the currency of the licence;


Seksyen 107(2) Local Government Act

(2) Every licence or permit granted shall be subject to such conditions and restrictions as the local authority may think fit and shall be revocable by the local authority at any time without assigning any reason therefor.

1. Saya mencadangkan selepas 69 tahun Merdeka, kita laksanakan syarat tambahan dalam pemberian lesen Judi di bawah Seksyen 5(3) Pool Betting Act dengan meletakan syarat melarang judi dijual kepada Muslim. Ini sebagai permulaan mengambil ibrah larangan arak yang dibuat secara beransur-ansur. Sehingga bila? Sehingga kita dapat meyakinkan masyarakat Malaysia sendiri akan kebaikan/keperluan larangan judi ini. Judi menghancurkan jiwa masyarkat Malaysia yang percaya kepada usaha dan tawakal. Judi menerapkan nilai harapan dan nasib yang tidak menentu, sudah tentu ianya memudharatkan masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

2. Kalau ada perdebatan undang-undang bahawa syarat tersebut bertentangan dengan hak equality, jawapannya mudah. Prinsip iIntelligible differentia adalah terpakai.[boleh google prinsip ini] Kita sudah adaptasi prinsip ini sudah lama, contoh larangan menjual arak kepada bawah 21 tahun.

3. Jadi, cadangan saya kepada Menteri Kewangan Kerajaan Persekutuan, sebagai permulaan dalam perjalanan yang panjang, kita mulakan larangan pembelian judi kepada Muslim. Jangan lagi dolak dalih. Gunakan kuasa Menteri untuk meletakan syarat tambahan ini. Kaedah teknikal pelaksanaan amat mudah, gunakan kad pengenalan semasa pembelian seperti mana kita pakai untuk beli petrol. Ketatkan prosedur pembelian judi yang menjahanamkan minda dan sikap masyarakat Malaysia.

4. Saya juga mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Kedah, sekiranya Menteri Kewangan enggan meletakan syarat tersebut, boleh dipertimbangkan syarat lesen premis tambahan dengan meletakkan syarat larangan kepada orang Islam dibawah Seksyen 107(2) LGA. Kalau syarat ini juga dibawah ke Mahkamah untuk dicabar, kita sambut seni pencak perundangan pusingan kedua.

Post a Comment

0 Comments