Oleh: Rafique Rashid
Ketua Penerangan Pejuang
1.Syarikat kecerdesan buatan(AI) Anthropic yang memiliki Claude sahkan ada manipulasi yang dikait dengan sokongan politik negara ini.
2.Dalam satu laporan risikan ancaman baru-baru ini, disahkan wujud salahguna operasi pengaruh dan manipulasi pilihanraya di Malaysia.
3.Perkara ini serius. Apatah lagi dilapor lebih kurang 1000 akaun media sosial palsu di platform X diguna untuk kononnya kelihatan sokongan padu pada Kerajaan.
4.Laporan itu juga memetik cubaan beri 1 juta tontonan tiruan kepada akaun Perdana Menteri Malaysia dan hasilkan dokumen risikan palsu terhadap pembangkang.
5.Isu 3R juga ditumpukan dengan sasaran pada 222 kawasan parlimen kita.
6.PDRM dan MCMC ada kecekapan dalam bidang forensik digital dan kuasa undang-undang untuk lakukan siasatan. Kedua-dua agensi ini selama 3 tahun kebelakangan amat ampuh dalam operasi yang babitkan pembangkang serta aktivitis media sosial dan pengkritik kerajaan.
7.Tiba masanya PDRM dan MCMC bertindak agresif. Laporan Anthropic menamakan dalang terlibat adalah syarikat teknologi dari Turkiye bernama BBS Bilisim Teknolojileri.
8.Dari akaun-akaun palsu tersebut boleh sahaja pihak berkuasa kita buat IOC matching serta lain-lain siasatan untuk menunjuk bahawa ada kesahihan keterangan kaitan rangkaian jaringan ( evidence based network linkage).
9.Bila itu sudah disiasat, maka seluruh jaringan akan terungkai dan akan sampai kepada siapa yang buat operasi palsu tersebut. Bila sudah tahu siapa pasti akan tahu siapa biaya dan operasi palsu ini untuk siapa sebenarnya.
10.Perkara ini serius kerana data dimanipulasi, dipalsukan dan dihidang sebagai benar. Ia satu penipuan. Satu jenayah siber.
11.Hari ini data palsu sokongan politik, kalau esok-esok serangan siber?
12.Jangan ambil mudah isu ini. Ia berkenaan maruah dan kedaulatan negara.
12.09.2026

0 Comments