Oleh; Mardhiyyah Johari
Ketua Pengarah Ameerah Malaysia
Ketua Pengarah Ameerah Malaysia, Mardhiyyah Johari menegaskan bahawa dakwaan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kononnya PAS “menangguk di air keruh” dalam isu permohonan pengampunan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah tidak tepat.
Menurut beliau, PAS hanya menuntut penjelasan berhubung sebab permohonan tersebut ditangguhkan kerana ia melibatkan kepentingan awam.
“PAS minta supaya kerajaan memberi penjelasan kerana isu ini melibatkan *public interest*. Kalau tangguh sampai bila? Tangguh sehingga *next* mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan datangkah?” katanya.
Mardhiyyah yang juga seorang pengamal undang-undang berkata, proses pengampunan bukan hanya melibatkan tokoh politik, malah turut terpakai kepada rakyat biasa yang telah disabitkan kesalahan dan menjalani hukuman.
Beliau merujuk Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong serta Raja atau Yang di-Pertua Negeri mengikut bidang kuasa masing-masing.
Katanya, atas sebab itu proses pengampunan mempunyai kepentingan kepada rakyat dan sewajarnya dijelaskan secara terbuka.
Beliau turut mengingatkan bahawa Anwar sendiri pernah melalui proses pengampunan pada 2018 sebelum kembali menyertai politik dan bertanding dalam pilihan raya.
Mardhiyyah menjelaskan bahawa PAS tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada Najib patut dibebaskan atau tidak.
“Ini bukan soal PAS mahu Najib dibebaskan. PAS tidak berhak dan tidak ada kuasa membuat apa-apa keputusan".
“Cuma PAS dan rakyat Malaysia mahukan penjelasan mengapa pengampunan terhadap Najib ditangguhkan.”
Menurutnya, apa yang dituntut ialah penjelasan yang jelas dan berasaskan fakta, bukannya tuduhan atau jawapan yang tidak menjawab persoalan pokok.
Rakyat perlukan penjelasan, bukannya tuduhan atau jawapan pusing-pusing untuk mengelak daripada memberi penjelasan.

0 Comments