Oleh: Ustaz Ahmad Yahaya
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah
Bendera adalah lambang,
Panji yang berkibar,
Syiar yang menjadi tanda
Kepada sebuah perjuangan.
Namun di sebalik panji yang berkibar,
Ada sesuatu yang jauh lebih utama—
Dasar perjuangan.
Dengan dasar, perjuangan dimulakan.
Dengan dasar, perjuangan dipertahankan.
Dengan dasar yang teguh,
Perjuangan tidak mudah rebah
Walau diuji zaman dan keadaan.
Dasar perjuangan PAS adalah Islam.
Islam menjadi asas,
Islam menjadi arah,
Islam menjadi tujuan.
Adapun syiar PAS,
Terpancar pada lambang bulan
Yang menghiasi panji perjuangan.
Selagi Islam menjadi dasar,
Selagi perjuangan berpaksikan Islam,
Panji akan terus dikibarkan,
Syiar akan terus ditegakkan,
Dan bendera berlambang bulan
akan terus berkibar.
Kerana yang mempertahankan perjuangan
Bukan semata-mata kain yang berkibar,
Tetapi dasar yang diyakini,
prinsip yang dipegang,
dan perjuangan yang dihayati.

0 Comments